Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Insiden Baharu! Video Gaduh Di Hospital Bukit Mertajam Rakaman Lama – Polis

Video Gaduh Di Hospital Bukit Mertajam Rakaman Lama

Polis Pulau Pinang menafikan penularan sebuah video di media sosial yang mendakwa berlaku pergaduhan di hadapan Hospital Bukit Mertajam semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, berkata video berkenaan sebenarnya adalah rakaman lama yang berlaku pada 2023 dan tidak mempunyai kaitan dengan kejadian semalam.

“Video yang tular itu bukan berlaku semalam dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku di kawasan hospital tersebut,” ujarnya kepada FMT.

Video Gaduh Di Hospital Bukit Mertajam Rakaman Lama

Beliau menambah, semalam hanya berlangsung perarakan keagamaan dan upacara sembahyang tahunan (Thiruvilla).

“Perarakan keagamaan itu berjalan lancar dan selesai sekitar 11.30 malam tanpa sebarang gangguan ketenteraman awam,” kata Azizee lagi.

Terdahulu, video berkenaan tular setelah dikongsi beberapa personaliti di media sosial, menunjukkan pergaduhan yang didakwa berlaku di hadapan hospital tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penularan video itu dipercayai dilatari oleh pihak tertentu yang ingin mengadakan perhimpunan bantahan terhadap kewujudan kuil berhampiran hospital terbabit.

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, turut membuat laporan polis berhubung hantaran di Facebook yang mendakwa terdapat rancangan untuk merobohkan sebuah kuil Hindu di kawasan berkenaan.

Artikel lain: Zamri Vinoth Dakwa Dikepung, Rayer Persoal Model Kereta Mewah & Tindakan Pandu Secara Bahaya

Beliau, yang juga Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang, mendakwa pendakwah bebas Zamri Vinoth memuat naik kandungan provokatif yang berpotensi mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FMT 

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd