Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Video Dan Audio Rasuah Tular Sudah Diturunkan – Fahmi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sudah mengarahkan pengendali platform media sosial menurunkan kandungan video dan audio rasuah berkaitan perolehan projek mineral yang tular dalam laman media sosial, baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, video dan audio itu dipercayai dirakam ketika perbualan ahli perniagaan yang dikaitkan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. - Foto BERNAMA

Foto: Carian Google

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata dalam kes isu dakwaan rasuah membabitkan ADUN Sabah, pihak SKMM sudah menerima permintaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung video dan ugutan bunuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Siasatan sedang dijalankan oleh SPRM dan PDRM berhubung isu membabitkan dakwaan rasuah dan ugutan bunuh.
“Susulan permintaan SPRM dan PDRM bagi menurunkan kandungan video itu, SKMM sudah meminta pihak pengendali platform media sosial menurunkan video yang tersebar itu.
“Hal ini kerana penyebaran video itu akan menjejaskan siasatan dakwaan rasuah membabitkan ADUN berkenaan,” katanya.

Foto: Youtube Malaysiakini

Fahmi berkata, SKMM tidak terbabit dalam siasatan itu, tetapi mempunyai kuasa berkaitan video yang dimuatnaik naik dalam media sosial.

SKMM sebelum ini meminta portal berita terbabit mengeluarkan serta-merta satu artikel dan video yang didakwa berkaitan skandal rasuah di Sabah.

Semalam, SPRM memaklumkan sudah memanggil lima ADUN Sabah bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: X @SPRMMalaysia

Agensi penguatkuasa itu dilaporkan berkata, pihaknya sudah menerima aduan mengenai seorang ahli perniagaan yang disyaki terbabit isu dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral di negeri itu.

Tambahnya lagi, siasatan awal berhubung aduan itu membawa kepada penemuan maklumat yang mengaitkan beberapa ADUN Sabah yang disyaki terbabit isu dakwaan rasuah membabitkan ahli perniagaan berkenaan.

Pada 13 November lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan berkaitan kes ugutan bunuh diterima pemberi maklumat yang mendakwa mempunyai lapan video menunjukkan ADUN berbincang mengenai wang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Carian Google

Sumber: Harian Metro (Safeek Afeendy Razali), Youtube Malaysiakini

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd