Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Diperintah Bayar RM2.5 Juta, Ustaz Abu Syafiq Balas -“Korek Tabung Vaksin Jawabnya..”

Ustaz Abu Syafiq

“Kena korek tabung vaksin jawabnya…”, demikian kata pendakwah bebas, Mohd Rasyiq Mohd Alwi, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq berkaitan diperintahkan membayar RM2.5 juta kepada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Ia berhubung kes saman fitnah mengenai dakwaan vaksin COVID-19 terhadap Khairy Jamaluddin yang dimuat naik di media sosial tiga tahun lalu.

“Alhamdulillah untuk diri sendiri. Nak kena cari RM2.5 juta pula. Korek tabung vaksin jawabnya.
“Okey, okey, nanti saya cari. Syukur dengan ujian,”tulisnya di media sosial, hari ini.

Artikel lain: Kerajaan Malaysia, WHO Disaman RM60 Juta Berkait Vaksin COVID-19

Kena Korek Tabung Vaksin Jawabnya- Ustaz Abu Syafiq

Dalam hantaran berikutnya, pendakwah itu dilihat seolah-olah membuat perbandingan antara hukuman yang dikenakan di mahkamah dunia dan akhirat yang disifatkan salah satunya tidak berlaku adil.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mahkamah akhirat mengajar kita keadilan. Allah bangkitkan semula mayat untuk hidup bagi dibicarakan. 
“Berbeza mahkamah dunia, berbicara sebelah pihak pun dikira adil,”katanya penuh sinis.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Ustaz Abu Syafiq membayar ganti rugi RM2.5 juta kepada Khairy, selain kos sebanyak RM50,000.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan, yang membenarkan tuntutan difailkan Khairy, 49, selaku plaintif terhadap Mohd Rasyiq, 45, sebagai defendan.

Saman itu difailkan pada 25 Januari 2022, selepas Ustaz Abu Syafiq didakwa memuat naik beberapa kenyataan berbaur fitnah termasuk tiga video dan satu gambar di Instagram ‘Ustaz Abu Syafiq’, pada 20 Oktober 2021 serta 6 dan 10 Januari 2022.

Antara dakwaan yang disebut dalam kenyataan tersebut ialah kononnya Khairy menipu orang ramai dengan mendakwa dirinya telah menerima vaksin COVID-19, termasuk dos ketiga, serta memalsukan status vaksinasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: IG ustazabusyafiq

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd