Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Urusan Perbaharui Lesen, JPJ Perjelas Perkhidmatan BJAK Tiada Kelulusan

Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK) yang menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan kepada orang ramai adalah tidak diluluskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

JPJ dalam satu kenyataan media berkata, tindakan BJAK menguar-uarkan iklan syarikat itu melalui laman sesawang bjak.my dan media sosial adalah tidak benar.

“JPJ memandang serius tindakan BJAK yang menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan kepada orang ramai.
“Pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah memberikan kelulusan kepada BJAK untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Foto sekadar hiasan

Dalam pada itu, JPJ memaklumkan bahawa terdapat kenyataan yang telah dipaparkan oleh pihak BJAK melalui laman sesawang mereka iaitu pembaharuan roadtax secara dalam talian di BJAK telah diaudit, disah dan diluluskan oleh JPJ adalah tidak benar dan mengelirukan orang awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak jabatan juga telah menerima beberapa aduan daripada orang awam antaranya pembaharuan cukai jalan telah dilaksanakan melalui laman sesawang BJAK, namun tempoh sah laku cukai jalan tidak dikemas kini.

“BJAK mengiklankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan secara dalam talian yang ditawarkan kepada orang awam termasuk program pemberian cukai jalan secara percuma.
“Pihak JPJ tidak mempunyai integrasi sistem di antara Sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh pihak BJAK.” tambahnya lagi.

Foto: BJAK

Sementara itu, pihak JPJ turut menerima aduan ketidakpuasan hati orang ramai yang mana perlu membayar caj tambahan ketika memperbaharui cukai jalan yang dikenakan oleh BJAK.

Pihak jabatan menegaskan pihak MOT atau JPJ tidak pernah meluluskan sebarang pengenaan caj tambahan yang pada masa ini dikenakan oleh BJAK kepada pelanggan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh itu, orang ramai digalakkan melakukan urusan memperbaharui cukai jalan melalui kaunter JPJ, kios JPJ, kaunter bergerak JPJ Mobile, Aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ dan platform rakan niaga JPJ iaitu Pos Malaysia, MyEG serta PUSPAKOM sahaja.

Sumber: Facebook Jabatan Pengangktan Jalan (JPJ)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Lokal

Polis mengesahkan seorang lelaki yang bersenjata objek tajam meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital selepas dipercayai ditembak pengawal keselamatan ketika cuba menyamun sebuah kedai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd