Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Untung Bersih Petronas Gas Menurun Kepada RM1.73 Bilion

Keuntungan bersih Petronas Gas Bhd (PGB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 mencatatkan penurunan kepada RM1.73 bilion berbanding RM1.84 bilion yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Untung bersih menurun

Untung bersih petronas gas menurun

Memetik laporan Berita Harian, menurut syarikat itu, penyusutan berkenaan didorong oleh margin yang lebih rendah dalam segmen pengangkutan gas, susulan pengurangan hasil serta kos tambahan bagi kerja-kerja pemulihan bekalan selepas insiden kebakaran saluran paip di Putra Heights.

Segmen tersebut turut menyaksikan peningkatan aktiviti penyelenggaraan, khususnya kerja penyelenggaraan pencegahan dan langkah mitigasi bagi menangani risiko operasi yang dikenal pasti.

Dalam masa sama, margin bagi segmen utiliti juga merosot seiring dengan penurunan hasil, menurut makluman PGB kepada Bursa Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Secara keseluruhan, hasil kumpulan susut 2.5 peratus kepada RM6.37 bilion berbanding RM6.54 bilion pada tahun sebelumnya. Penurunan itu sebahagian besarnya berpunca daripada harga produk yang lebih rendah dalam segmen utiliti.

Selain itu, hasil pengangkutan gas turut berkurang berikutan pelarasan tarif yang lebih rendah susulan faktor perkongsian bagi penggunaan gas dalaman (IGC) yang menurun pada tahun sebelumnya.

Bagi tempoh suku keempat, keuntungan bersih kumpulan merosot kepada RM363.91 juta berbanding RM417.03 juta yang dicatatkan setahun lalu. Hasil bagi tempoh sama turut berkurang kepada RM1.57 bilion daripada RM1.62 bilion sebelumnya.

PGB turut mengumumkan dividen sebanyak 22 sen sesaham bagi tahun kewangan 2025 yang dijadualkan dibayar pada 24 Mac 2026.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menyentuh prospek 2026, PGB menjangkakan prestasi syarikat kekal berdaya tahan, namun akan terus berhati-hati berdepan cabaran dalam landskap operasi yang semakin dinamik.

Artikel lain: Insiden Putra Heights: Petronas Gas Dijangka Berdepan Impak Kewangan RM60 Juta

“Semakan tarif yang baharu diluluskan di bawah Tempoh Kawal Selia 3 bagi segmen perniagaan Pengangkutan Gas dan Regasifikasi dijangka terus menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan.
“Kumpulan kekal komited memastikan operasi yang selamat, boleh dipercayai dan cekap, disokong disiplin kos berhemat serta kecemerlangan operasi, di samping meneroka peluang pertumbuhan mampan yang memberi nilai kepada semua pihak berkepentingan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd