Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

UMK Dukacita Pelajar PhD Maut, Kereta Terbabas Ke Dalam Tasik

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengesahkan seorang pelajar Pascasiswazah institusi itu, Muhammad Amidee Bin Abdullah, 25, maut dalam insiden kemalangan apabila kenderaan dinaiki terbabas ke dalam tasik universiti kampus Jeli.

Dalam kenyataan rasmi, UMK memaklumkan bahawa mangsa merupakan pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) dan berasal dari Kampung Manal Jaya, Tanah Merah, Kelantan.

UMK turut menyatakan komitmen untuk menghulurkan bantuan dan sokongan sepenuhnya kepada keluarga Allahyarham, termasuk urusan berkaitan kebajikan serta sokongan emosi sepanjang tempoh sukar ini.

“Warga UMK merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” menurut kenyataan itu.

Dalam masa yang sama, UMK menasihatkan agar warga kampus dan orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat atau spekulasi tidak sahih bagi menghormati privasi keluarga serta menjaga kelancaran siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak universiti juga memaklumkan bahawa perkembangan berkaitan insiden akan disalurkan melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.35 petang daripada orang awam memaklumkan mengenai kemalangan tersebut.

Menurut beliau, kejadian berlaku sekitar jam 6.20 petang ketika kereta Perodua Axia dipandu mangsa melalui selekoh kiri di laluan menuruni bukit dalam kawasan kampus.

“Secara tiba-tiba kereta hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam tasik di bahagian kanan jalan. Penumpang berjaya keluar menyelamatkan diri, namun pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Penumpang kini menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Jeli,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kamarulzaman berkata, bedah siasat akan dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kematian, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati terutama ketika melalui laluan berbukit dan selekoh bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Sumber: Facebook UMK

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd