Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JPJ Sita MPV Mewah Milik Pemain Bola Sepak Kebangsaan

Kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah jenis Toyota Vellfire milik seorang pemain bola sepak kebangsaan telah disita dalam Ops Khas Kenderaan Mewah (Luxury) yang dijalankan di sekitar daerah ini pada Khamis lalu.

Toyota Vellfire disita

Memetik laporan Harian Metro, operasi tersebut dilaksanakan oleh Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (FALCON Kedah), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, kenderaan berkenaan dipandu oleh abang ipar pemain bola sepak tersebut sebelum ditahan di hadapan Penjara Alor Setar pada jam 11.30 pagi.

“Tindakan itu diambil selepas kenderaan itu dipandu dengan cukai tamat dan tiada perlindungan insurans.
“Pemandu memberi alasan tidak tahu cukai kenderaan itu sudah tamat tempoh, dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Artikel lain: Hadiahkan Velfire, Usahawan Habiskan RM1 Juta Untuk ‘Birthday’ Anak Usia 11 Tahun

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, operasi khas berkenaan dilaksanakan bagi memastikan semua pemilik kenderaan mematuhi peraturan serta undang-undang jalan raya tanpa mengira status atau latar belakang.

Dalam pada itu, Stien menegaskan bahawa JPJ Kedah akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa dipatuhi.

Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd