Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ulang Kaji Seawal 3 Pagi Rahsia Kejayaan Nik Nurul Hannan Peroleh 11A+

Foto: FB Hannan Akbari

Disiplin tinggi dan pengurusan masa yang bijak menjadi rahsia kejayaan Nik Nurul Hannan Nik Mohd Akbari, pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Shaikh Abdul Malek yang meraih keputusan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Menurut laporan Harian Metro, anak kedua daripada tujuh beradik pasangan Nik Mohd Akbari Nik Abdul Ghani, 42, dan Maryam Jameelah Ishak, 42,  ini memilih untuk tidak mengikuti kelas tambahan seperti kebanyakan rakan sebaya, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian semasa sesi pembelajaran di dalam kelas.

Foto: Harian Metro

“Rutin harian saya ialah tidur selepas menunaikan solat Isyak dan bangun untuk mengulang kaji pelajaran bermula jam 3 pagi hingga jam 6.30 pagi.
“Saya juga tidak menduduki kelas tambahan sebaliknya menumpukan perhatian di dalam kelas,” katanya yang bercita-cita menjadi jurutera.

Nik Nurul Hannan yang menetap di Kampung Seberang Baruh turut tidak tinggal di asrama sekolah, sebaliknya dia berulang-alik sejauh kira-kira 12 kilometer setiap hari dengan dihantar oleh bapanya yang juga seorang mudir di sebuah madrasah persendirian.

Mengulas lanjut tentang persediaan menjelang peperiksaan, pelajar berdedikasi ini memulakan rutin ulang kaji awal pagi serta mengamalkan solat sunat tahajud sejak tiga bulan sebelum SPM.

“Sepanjang perjalanan ke sekolah, saya juga sentiasa berselawat selain menunaikan solat hajat memohon keberkatan serta keredaan Allah SWT,” katanya yang berhasrat menyambung pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).

Foto: FB Hannan Akbari

Dengan keputusan cemerlang yang diperoleh, dia menyatakan hasrat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), selari dengan minat dan impiannya dalam bidang kejuruteraan.

Kejayaan Nik Nurul Hannan menjadi bukti bahawa dengan usaha gigih, disiplin diri, dan kebergantungan kepada Allah, kecemerlangan pasti dapat dicapai tanpa perlu bergantung kepada kelas tambahan semata-mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Baharom Bakar)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd