Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

UKM Buka Pusat Pesisir Di Indonesia, Tawar Kursus Pengajian Pelbagai Peringkat

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuka Pusat  Pesisir di Jakarta, Indonesia dengan menawarkan kursus pengajian pelbagai peringkat kepada rakyat negara tersebut.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, UKM telah meneliti serta memilih program-program terbaik yang bakal ditawarkan di Pusat Pesisir UKM Indonesia dalam menawarkan pendidikan terbaik di rantau Asia.

UKM buka Pusat Pesisir di Indonesia

UKM buka Pusat Pesisir

“Pemilihan program-program ini dilakukan melalui penelitian yang khusus melalui bengkel-bengkel kerjasama antara universiti, dengan program yang akan ditawarkan adalah bersifat lebih fleksibel, menjurus kepada kursus yang boleh dijalankan secara atas talian dan jarak jauh,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Ekhwan berkata, Pusat Pesisir UKM Indonesia itu melibatkan kerjasama UKM dengan lapan universiti di Malaysia iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Multimedia University (MMU), University of Cyberjaya (UoC) dan Spectrum International University College (SIUC).

UKM buka Pusat Pesisir

“UKM menjadi universiti awam pertama yang membukan pusat pesisir ini. Kita bersama lapan universiti lain akan menawarkan program-program pengajian dari peringkat sarjana muda, sarjana, program profesional, micro-credential dan program mobiliti.
“Ini merangkumi beberapa gugusan yang meliputi pelbagai bidang termasuk Teknologi Maklumat, Undang-Undang, Kejuruteraan, Pendidikan, Perubatan dan Farmasi,” ujarnya.

Beliau berkata lebih menarik adalah UKM menjadi peneraju utama dalam menawarkan Open & Distance Learning (ODL) secara pesisir.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya percaya program-program yang bakal ditawarkan ini mampu memenuhi keperluan pasaran sedia ada serta meningkatkan pemerkasaan dalam bidang penyelidikan kelak,” katanya lagi.

Sementara itu, pusat sepunya tersebut mendapat sokongan daripada Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia yang inginkan semua universiti awam dan swasta bekerjasama di bawah satu bumbung, menggunakan fasiliti sama serta tidak bersaing sesama sendiri.

Artikel lain: Pembukaan Kampus UKM Di Doha, Letak Status Pengajian Tinggi Negara Di Pentas Dunia

UKM buka Pusat Pesisir

Mohd Ekhwan menjelaskan, penubuhan Pusat Pesisir UKM Indonesia secara tidak langsung akan memberikan lebih banyak akses, data, dan peluang kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meneroka dan meluaskan peluang pendidikan.

“Ini selaras dengan visi dan misi KPT untuk menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti, selain selari dengan lima fokus utama KPT iaitu pengantarabangsaan pendidikan tinggi.
“Ia juga bagi memastikan belia Indonesia boleh mengikuti program akademik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa di universiti awam dan institusi pengajian tinggi swasta,” jelasnya.

UKM buka Pusat Pesisir

Selain itu, beliau berkata pelajar dari seluruh Asia boleh mengambil peluang ini untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam persekitaran baharu, memperoleh pengalaman unik dan penyampaian pengetahuan yang berbeza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majlis Perasmian Pusat Pesisir UKM Indonesia itu telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd