Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

UiTM Kekal Hanya Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Bumiputera Sabah, Sarawak – Dr Zambry

Kerajaan menegaskan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan dikekalkan untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah serta Sarawak bagi tujuan merapatkan jurang antara kaum terutama dari aspek sosio ekonomi.

Menerusi satu laporan Berita Harian, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, dasar tersebut perlu dikekalkan bagi merealisasikan hasrat dan usaha kerajaan bagi mengurangi kadar miskin mutlak dalam kalangan Bumiputera.

Foto: NSTP

“Laporan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 oleh Kementerian Ekonomi menunjukkan masih wujud jurang ekonomi membabitkan Bumiputera dari segi purata pegangan bulanan, pegangan ekuiti korporat, kadar kemiskinan dan pengeluaran tenaga kerja mahir.
“Dengan tertubuhnya UiTM, lebih ramai anak Bumputera memperoleh peluang menyambung pengajian dan dilatih untuk mengisi pelbagai jenis jawatan sebagai keperluan meningkatkan kualiti hidup dan mengubah nasib mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan bercadang membenarkan bukan Bumiputera menuntut di UiTM dengan meminda Akta UiTM 1976 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: afterschool

Sementara itu, Zambry juga memaklumkan terdapat sedikit kekeliruan intepretasi dalam Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengenai isu kekurangan pakar kardiotorasik yang membawa kepada tercetusnya kontroversi membabitkan UiTM.

“Kita sudah berusaha mencari pendekatan terbaik bagi menyelesaikan masalah khusus kepada empat tenaga pakar bedah ekoran Fellowship of Royal College of Surgeons of Edinburgh (FRCS Ed).
“Satu perbincangan sudah diadakan dengan pihak Universiti Malaya (UM) untuk memperkenalkan kursus itu. Oktober nanti ia akan diselesaikan, yang mana ada laluan lain selain UiTM,” jelas beliau.

Terdahulu, MMC menolak permohonan empat orang pakar bedah kardiotoraksik untuk disenarai dalam Daftar Pakar Kebangsaan kerana FRCS Ed yang diperoleh mereka tidak diiktiraf kerana penguatkuasaan pindaan Akta Perubatan mulai 2017.

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, terdapat sesetengah pihak mencadangkan agar empat pakar tersebut diterima untuk melalui latihan khusus di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kerana merupakan universiti pertama yang menawarkan program kepakaran perubatan dengan kerjasama Institut Jantung Negara dalam bidang pembedahan kardiotorasik.

Sumber: Berita Harian (Farah Marshita Abdul Patah)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peguam berjiwa rakyat yang dikenali sebagai ‘Peguam Kotak Pensel’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung...

Sosial

Tragedi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd