Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Turut Pikul Keperitan Tragedi, Kerani Mohon Maaf Kepada Keluarga Mangsa

Kerani yang pernah dituduh menyebabkan kematian 8 remaja basikal lajak, Sam Ke Ting mengakui bahawa sentiasa terfikir dan merenung kehidupan seharian serta masa depan keluarga mangsa selepas pemergian mereka.

Sentiasa terfikir-fikir keadaan keluarga mangsa

Memetik laporan dari Harian Metro, Ting sedar bahawa apa yang difikirkan tidak mencukupi untuk membawa ketenteraman kepada keluarga mangsa yang perasaannya berkecamuk selepas insiden tersebut.

“Kata-kata saya tidak dapat membawa arwah kembali ke pangkuan keluarga, namun demikian saya ingin sampaikan kepada keluarga bahawa saya turut memikul keperitan tragedi itu
“Saya dengan suci hati memohon maaf kepada keluarga mangsa walaupun saya tahu dan faham bahawa maaf berat dihulurkan.
“Akhir sekali, saya berterima kasih pada mahkamah dan hakim kerana mendengar pembelaan saya dengan adil,” katanya.

Merasa simpati dengan penderitaan keluarga mangsa

Perkara tersebut bermain-main difikirannya sejak enam tahun lalu sepanjang dia dibicarakan di mahkamah atas kesalahan memandu melulu sehingga menyebabkan kematian remaja yang menunggang basikal lajak.

Jelasnya lagi, dia mengaku dan akur akur bahawa beliau yang memandu kereta dan menyebabkan kematian pada anak-anak yang disayangi keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Namun demikian, kemalangan itu bukan disengajakan oleh saya. Saya merasa sangat simpati bagi nasib dan penderitaan keluarga atas pemergian arwah,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Ke Ting atas kesalahan terbabit pada 2017.

Keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah  telah bersetuju mengetepikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Tinggi terhadap Ke Ting, tahun lalu.

 

Sumber: Harian Metro (Faris Fuad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd