Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Turut Bersolidariti, Chong Wei Beri Kata Semangat Buat Faisal Halim – “Kami Tunggu Awak”

Bekas jaguh badminton nombor satu dunia, Datuk Wira Lee Chong Wei turut bersolidariti terhadap nasib menimpa pemain Selangor FC, Faisal Halim yang menjadi mangsa simbah asid sebelum ini dengan menitipkan kata-kata semangat.

Menerusi satu perkongsian di InstaStory, Chong Wei telah memuat naik gambar terkini Faisal beserta kapsyen kata-kata semangat buat penyerang Harimau Malaya itu.

Dalam pada itu, pemenang pingat perak sebanyak tiga kali pada temasya Sukan Olimpik itu juga percaya bahawa Faisal akan kembali bangkit serta tabah dengan ujian yang diterima.

“Terus kuat Faisal Halim. Ada sebab Allah uji. Setiap yang berlaku ada hikmah.
“Anda akan kembali bangkit dan menjadi lebih kuat. Sabar dan percaya,” tulisnya di InstaStory hari ini.

Foto: Majoriti

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Chong Wei berharap agar Faisal dapat memberikan perhatian terhadap proses penyembuhannya dan dapat beraksi semula seperti sedia kala memandangkan ramai yang masih menantikan kemunculannya untuk kembali di arena sukan.

“Fokus kepada proses pemulihan dan kami akan menantikan anda, Faisal,” ujarnya.

Semalam, Faisal telah membuat kemunculan pertamanya di hadapan khalayak ramai selepas insiden terbabit menerusi satu sidang media khas yang bertempat di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam.

Foto: Bernama

Sumber: Instagram @Leechongweiofficial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd