Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Turun Landasan LRT Ambil ‘Earphone’ Terjatuh, Lelaki Ditahan Kerana Ceroboh

Tindakan berani seorang lelaki ingin mengambil fon telinga atau ‘earphone’ yang terjatuh di landasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Paramount, Petaling Jaya pagi semalam menerima padah apabila ditahan pihak berkuasa.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu oleh polis bantuan Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA).

“Kejadian berlaku pada jam 8.09 pagi selepas penggera landasan berbunyi dan didapati terdapat seorang lelaki tempatan berada di landasan platform 1 (northbound).
“Lelaki itu dikesan mengambil earphone di landasan terbabit hingga menyebabkan tren tergendala selama tiga minit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, lelaki tempatan berusia 23 tahun itu kemudian ditahan kerana menceroboh landasan kereta api berkenaan.

Tambah beliau, lelaki terbabit telah dituduh di Mahkamah Petaling Jaya pada Selasa di bawah Seksyen 62 Akta Keretapi 1991.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd