Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tumbangkan Amerika Syarikat, Aaron-Wooi Yik Ketuai Kemaraan Di Jakarta

Skuad beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bakal mengetuai kemaraaan pasukan Malaysia ke pusingan kedua Kejuaraan Badminton Terbuka Indonesia selepas berjaya menewaskan wakil dari Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Joshua Yuan, pada Selasa.

Memetik laporan Sinar Harian, Naib Juara Edisi 2023 yang pernah ditumbangkan oleh wakil dari India iaitu Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada perlawanan akhir tahun lalu kembali bangkit dengan menewaskan beregu Amerika Syarikat itu dengan kutipan mata 21-14, 21-14.

Foto: IG Soh Wooi Yik

Kemenangan mereka yang berlangsung selama 26 minit di pusingan 32 Super 1000 telah melayakkan Aaron dan Wooi Yik untuk mara ke peringkat seterusnya sekali gus berdepan dengan pasangan beregu nombor 21 dunia dari Taiwan, Lu Ching-yao dan Yang Po-han.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perlawanan hari ini agak mudah sedikit, cuma kami perlu lebih bersedia apabila berdepan Lu-Yang,” kata Aaron.

Perlawanan yang berlangsung di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta itu turut menyaksikan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min-Hyuk-Seo Seung-Jae disingkirkan oleh beregu lelaki kebangsaan nombor 20 dunia iaitu Man Wei Chong-Kai Wun Tee dengan keputusan 20-22, 21-16 dan 21-17 pada pusingan ke 32 ini.

Foto: IG Pearly Tan

Selain daripada beregu wanita utama, Pearly Tan-M Thinaah yang bakal mara ke peringkat seterusnya selepas menewaskan gandingan dari Taiwan, pemain perseorangan lelaki negara iaitu Lee Zii Jia juga dilaporkan berjaya ke peringkat berikutnya dan bakal berhadapan dengan pemain nombor 16 dunia dari Hong Kong, Weng Hong.

Sumber: Sinar Harian (Zuraimee Zainal)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Seorang peniaga makanan dipercayai dibunuh apabila mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan, pada Khamis. Menurut laporan Free Malaysia Today, Ketua...

Politik

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mempersoal cadangan ahli parlimen kerajaan untuk memecahkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada dua...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd