Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Video Triton Mengundur Lawan Arus, Pemandu Direman 4 Hari Bantu Siasatan

Lelaki yang mencetuskan kekecohan selepas memandu sebuah Mitsubishi Triton secara berbahaya di beberapa laluan sekitar Seberang Jaya semalam kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan polis.

Suspek berusia 29 tahun

Memetik laporan daripada Kosmo! perintah reman terhadap suspek berusia 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret J. Savinder Singh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bermula hari ini sehingga 12 Jun.

Reman tersebut diberikan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kemalangan.

Ditahan orang awam sebelum diserah ke pihak polis

Dalam kejadian semalam, suspek berjaya ditahan oleh orang awam di Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) berhampiran sebuah stesen minyak di Seberang Jaya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, beberapa rakaman video yang tular di media sosial memaparkan tindakan pemandu pacuan empat roda itu memandu secara melulu dan berbahaya di jalan raya.

Malah, suspek turut dilihat mengundurkan kenderaan di beberapa lokasi sehingga memasuki pembahagi jalan, sekali gus mengundang kebimbangan pengguna jalan raya lain.

Insiden tersebut pantas menjadi perhatian ramai selepas video kejadian berkenaan tersebar luas di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Sumber: Kosmo! (Siti Nur Mas erah Amran)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd