Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Video Papar Sami ‘Tumpang’ Berehat Dalam Masjid Di Hari Wesak

Tular di media sosial memaparkan gambar dan video sekumpulan sami Buddha sedang berehat di sebuah masjid di Temanggung di Jawa Tengah, Indonesia.

Menerusi saluran YouTube Hashim Kawsin, kumpulan sami tersebut dilaporkan sedang melakukan ritual thudong, iaitu berjalan kaki ke Candi Borobudur di Jawa Tengah sempena Hari Wesak, lalu singgah berehat sebentar di Masjid Baiturrohmah di Bengkal, Temanggung.

Memetik artikel Malaysiakini, Pengerusi Masjid, Fatkhulrohman memberitahu kumpulan sami berkenaan telah menulis surat untuk meminta izin berehat di situ.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya terus berjumpa dengan ahli-ahli masjid yang lain untuk memberi kebenaran kepada sami-sami. Kami menyediakan kelengkapan yang mencukupi bagi menyambut tetamu berehat seperti minuman dan makanan ringan.
“Pihak masjid menyediakan minuman seperti kopi, teh dan dawet (minuman segar yang popular di Indonesia),” katanya.

Susulan daripada itu, kumpulan sami itu menzahirkan penghargaan kepada pihak masjid atas sambutan diberikan dan sempat berdoa untuk masyarakat setempat.

Dalam pada itu, pihak masjid yang menyambut kedatangan mereka langsung tidak menjangkakan video dan gambar tersebut akan mengundang perhatian ramai.
Menurutnya, dia telah menerima mesej WhatsApp daripada beberapa pihak yang bertanya mengapa perkara tersebut terjadi dan pelbagai isu dibangkitkan sehingga ia menjadi tular.
“Pihak masjid hanya menghormati tetamu dan jika ada yang menyokong mahupun membantah, itu hanyalah pandangan peribadi mereka.
“Saya hanya menunjukkan bahawa Islam menghormati agama lain. Yang penting adalah rahmatan lil alamin, Islam seperti ini bukan seperti yang dibayangkan oleh orang lain,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Kumpulan Sami, Kamsai Sumano Mahathera menjelaskan pihak mereka amat menghargai sambutan hangat yang diberikan pihak masjid.

Jelasnya, bermula pihak mereka melangkah masuk ke masjid, mereka sudah dilayan seperti keluarga sendiri kerana semua sudah disiapkan oleh pihak mereka.

Sumber: Malaysiakini, YouTube Hashim Kawsin
Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd