Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tular Video ‘Minum’, King Sing Beri Respon – “Apa Salahnya Saya Mabuk?”

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mempertahankan tindakannya meminum arak dan menari bersama orang ramai baru-baru ini adalah tidak salah.

Foto: Utusan Malaysia

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat semalam ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 bagi kementeriannya, lapor Berita Harian.

King Sing membidas lontaran kritikan daripada seorang ahli parlimen kepadanya yang telah menyambut perayaan mengikut budaya komuniti berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Ramai Wanita Muslim Berpakaian Seksi, Terengganu Digesa Ketatkan Garis Panduan Pelancong

Beliau berkata, perkara seperti itu tidak patut dijadikan isu atau menjadi kayu pengukur kepada prestasinya sebagai seorang menteri.

“Saya pergi Pelangai (semasa pilihan raya kecil di Bentong), mereka ajak saya menyertai Festival Tanglung, saya minum, saya bermain dengan budah-budak macam orang ‘gila’ sikit, apa salahnya?
“Kalau saya orang Islam, saya memang tak boleh buat macam itu, tetapi saya bukan Islam, maka saya boleh buat. Janganlah cerita yang bukan-bukan.
“Kita mesti sama-sama menghormati, baru boleh capai keharmonian,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mempersoalkan sama ada King Sing ada cara tersendiri untuk menarik pelancong ke negara selain mabuk dan menari di tempat umum.

Foto: HarakahDaily

Mas Ermieyati menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Bintulu itu sebagai tanda beliau tidak sesuai bagi menjalankan tugas sebagai menteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan King Sing  sedang menari dengan orang ramai dalam keadaan mabuk.

Sumber: Berita Harian (Fahmy A Rosli)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd