Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ramai Wanita Muslim Berpakaian Seksi, Terengganu Digesa Ketatkan Garis Panduan Pelancong

Kerajaan negeri Terengganu digesa untuk bertindak lebih tegas terhadap pelancong Muslim yang berpakaian seksi dan mencolok mata ketika berada di kawasan pelancongan.

Terengganu ketatkan garis panduan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md. Noor berkata, tindakan tersebut perlu diambil kerana mereka telah melanggar garis panduan pelancongan negeri Terengganu.

Ini berikutan mereka tidak mematuhi etika pemakaian pelancongan Muslim seperti mana dilihatnya sendiri pada masa ini.

“Saya menyaksikan sendiri pelancong wanita Muslim tanpa segan silu memakai seluar pendek, bersinglet, tidak bertudung malah semakin ramai yang berani memakai pakaian mencolok mata bersiar-siar di tempat pelancongan kita.
“Garis Panduan Pelancongan Terengganu jelas menetapkan pelancong Muslim hendaklah berpakaian menutup aurat,” katanya.

Terengganu ketatkan garis panduan

Zuraida berkata demikian dalam sesi perbahasan pada Sidang Dewan Undangan (DUN) Terengganu, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelancong Muslim masih tak tahu garis panduan

Zuraida berkata, dia sendiri tidak pasti sama ada pelancong Muslim terbabit tidak mengetahui mengenai garis panduan yang telah ditetapkan. Atau juga mereka sengaja memandang remeh terhadap penguatkuasaannya.

Sehubungan itu, Zuraida berharap agar agensi terlibat lebih tegas menguatkuasakan peraturan sedia ada.

“Harapan saya agar pemantauan (Garis Panduan Pelancongan) dilakukan secara menyeluruh.
“Pemantauan meliputi semua premis berkaitan pelancongan dan hiburan di negeri ini seperti hotel, rumah peranginan, pulau, pantai, pusat hiburan dan pawagam,” katanya lagi.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Azli Adlan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Seorang wanita berkongsi detik menyentuh hati yang dialaminya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi Selasa, apabila seorang pemandu lori berkongsi rezeki tanpa mengira...

Sosial

Syarikat pengeluar produk tenusu segar, FGV Dairy Farm Sdn Bhd didakwa telah menghentikan operasi sepenuhnya sejak lebih dua tahun lalu. Dakwaan itu dibuat oleh...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di seluruh negara adalah terjamin sehingga akhir Jun 2026. Jaminan itu merupakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd