Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Video Lelaki Di Indonesia Mirip Pelakon Utama Squid Game

Tular di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai di Indonesia kelihatan mirip pelakon utama drama bersiri popular Netflix, Squid Game, iaitu Lee Jung-jae yang membawa watak sebagai Seong Gi-Hun.

Watak yang dibawa oleh setiap pelakon juga memberi impak yang besar dalam menjayakan siri ini sehingga ia boleh diibaratkan seperti sudah menjadi fenomena di seluruh dunia.

Lelaki Mirip Pelakon Utama Squid Game

@agungizeroo

Gi hun dah sampe sidoarjo wkwkwk #fyp #squidgame #netflix #gihun #foryoupage #squidgame2

♬ Way Back then – jung jaeil

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sampai Ke Tua Tak Jumpa Gong Yoo…

Menyingkap ke ruangan komen menerusi video yang dikongsi oleh akaun TikTok, @agungizeroo, rata-rata warganet dari seluruh negara memberi reaksi positif serta bergurau senda dan berkongsi lawak jenaka mereka mengenai warga emas yang kelihatan serupa dengan pelakon drama berkenaan.

Pelakon Utama Squid Game

Ada menyifatkan lelaki dalam video tersebut yang memakai baju berwarna biru serta bertopi sambil memegang telefon bimbitnya akhirnya dapat hidup dengan ‘tenang bersama duit kemenangannya’.

Akhirnya Dia Hidup Tenang Dan Menikmati Duitnya

Pelakon Utama Squid Game

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Dia Kelihatan Lebih Mirip Seong Gi-Hun

Pelakon Utama Squid Game

Rasanya Saya Pernah Lalu Jalan Ini

Pelakon Utama Squid Game

 

Lee Jung-Jae Pelakon Utama Drama Siri Ini

Lee Jung-Jae merupakan seorang pelakon kelahiran Seoul, Korea Selatan dan juga seorang model. Dia dianugerahkan ijazah sarjana dari Jabatan Teater & Seni Filem di Universiti Dongguk.

Dia memulakan kerjayanya sebagai seorang model fesyen kemudian beralih ke dunia lakonan dengan memulakan karier lakonannya di televisyen menerusi siri Feelings (1994) dan drama ikonik Sandglass (1995).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelakon Utama Squid Game

Foto: Pinterest

Seperti yang kita tahu, watak yang dipegang oleh Lee Jung-Jae dalam siri ‘Squid Game’ ini merupakan watak yang memiliki perwatakan agak ‘lembut’ oleh kerana dilihat sangat baik terhadap peserta lain walaupun mereka tahu permainan yang mereka mainkan itu akan menyebabkan nyawa mereka tergadai.

Watak Seong Gi-Hun Dalam Squid Game

Seong Gi-Hun merupakan salah seorang daripada 456 peserta yang menyertai permainan ‘Squid Game’ tersebut. Sebelum memasuki permainan tersebut, umum mengetahui Seong Gi-Hun adalah seorang ‘tahi judi’ dan sudah bercerai.

Pelakon Utama Squid Game

Foto: Carian Google

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lantaran itu, tujuannya mengikuti permainan tersebut supaya dia dapat memenangi wang tersebut untuk keluarganya setelah dia mendengar ibunya yang sudah tua dan tinggal bersendirian memerlukan pembedahan kerana menghidap diabetes.

Pelakon Utama Squid Game

Foto: Carian Google

Artikel lain: Park Sung-hoon Tak Sengaja Kongsi Poster Parodi Lucah ‘Squid Game’

Selepas kejayaan luar biasa musim pertama yang mencetuskan fenomena global, Squid Game 2 kembali dengan kisah yang lebih mendebarkan dan sarat dengan kejutan. Musim kedua ini menjanjikan cabaran yang lebih kejam dan permainan psikologi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seperti yang kita tahu, siri berkenaan masih trending secara global sehingga ke hari ini.

Tidak dinafikan, gaya penceritaan dan jalan cerita yang dipaparkan dalam siri ini sememangnya berjaya untuk menarik minat ramai orang menonton siri tersebut.

Sumber: TikTok @agungizeroo

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati suami berulang kali curang hingga sanggup meninggalkan dirinya dan anak mereka selama beberapa hari demi meluangkan masa dengan...

Lokal

Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun menjadi perhatian warganet kerana tampil bersuara berkenaan isu kemusnahan ladang durian musang king di Sungai Ruan dan...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mencuri tumpuan dengan kenyataan pedasnya berhubung lawatan Presiden China, Xi Jinping, ke beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia....

Lokal

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily ambil tindakan tatatertib terhadap individu yang bertanggungjawab berhubung kesilapan melibatkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa simbol bulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd