Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Tergelincir Dari Treadmill Sebelum Maut, Wanita Tidak Sempat Bergelar Guru

Seorang wanita tidak sempat menjalankan tugasnya sebagai pendidik apabila disahkan maut selepas tergelincir ke belakang ketika menggunakan treadmill dan jatuh dari tingkat 3 sebuah pusat gimnasium di bandar Pontianak, Indonesia pada Selasa.

Menerusi laporan Kompas.com, salah seorang anggota polis, Antonius Trias berkata kejadian berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Fathiya Nur Eka datang ke gimnasium terbabit bersama adik serta teman lelakinya.

Foto: Tribunnews

Menurut Antonius, mangsa berusia 22 tahun itu menggunakan salah satu treadmill yang berjarak 60cm dari tingkap dengan hanya berjalan perlahan di atasnya selama 30 minit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, Fathiya telah tergelincir ke belakang secara tiba-tiba lalu jatuh ke bawah melalui tingkap yang terbuka lebar kira-kira 90cm tanpa sebarang penghadang.

Foto: IG @infopontianak

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun dia disahkan meninggal dunia kerana mengalami pendarahan di bahagian kepala serta cedera pada wajah dan tubuhnya.

Foto: Kompas.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, pihak polis terus menjalankan siasatan dengan memeriksa beberapa saksi dan pusat gimnasium itu dilaporkan telah menghentikan operasi selama tiga hari.

Sementara itu, bapa mangsa Selamet Purnomo meluahkan rasa sedih terhadap pemergian tersebut sekali gus menyifatkan Fathiya sebagai seorang anak yang baik dan cemerlang dalam bidang akademik.

Foto: X @Heraloebss

Tambahnya, anak itu baru sahaja menerima tawaran menjadi guru di sebuah sekolah swasta di daerah Pontianak namun dia tidak sempat menjalankan tugasnya sebagai seorang pendidik akibat daripada insiden berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kompas.com, Tribunnews

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd