Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Gandar Kereta Pelanggan Patah, Chery Malaysia Tampil Beri Penjelasan

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan, Chery memaklumkan bahawa pelanggan yang mengalami kerosakan kereta tersebut telah dihubungi oleh pihak mereka dan kenderaan telah dibawa ke pusat servis bagi siasatan menyeluruh.

“Kami ingin memberikan maklumat terkini mengenai hal gandar (axle) kenderaan model Omoda 5, baru-baru ini.
“Chery Auto Malaysia sudah menghubungi dan kini sedang berkomunikasi dengan pelanggan itu,” katanya pada Isnin.

Selain menghubungi pelanggan yang terlibat, Chery juga mencadangkan mereka yang mengalami kegusaran terhadap kenderaan bagi menempah temu janji untuk pemeriksaan rapi di pusat servis yang terdekat.

Foto: Google

Jelasnya, para pelanggan akan diberikan laporan penuh kenderaan setelah pemeriksaan dijalankan bagi memastikan langkah berkenaan selaras dengan protokol keselamatan syarikat tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebagai langkah proaktif dan selaras dengan protokol keselamatan kami, Chery Auto Malaysia kini sedang menghubungi pelanggan-pelanggan terbabit.
“Bagi memberi ketenangan minda, pelanggan yang khuatir boleh menempah janji temu di pusat servis terdekat untuk pemeriksaan rapi,” ujarnya.

Terdahulu, salah seorang pelanggan telah membuat aduan berhubung kerosakkan keretanya yang dikatakan patah pada bahagian gandar belakang kenderaan.

https://www.facebook.com/snowbunnie/posts/pfbid02PB5VTcWc88ufWEHh6rbS9cxL5SfzX13NJfUvQ4EGUHxbRgQDyp5JPG4MTMxEbh5pl

Walau bagaimanapun, kenderaan model OMODA 5 keluaran Chery Auto Malaysia ini telah ditunda ke pusat servis Balakong sementara menunggu siasatan lanjut.

Pelanggan yang dikenali sebagai Stephanie ini turut memaklumkan bahawa dia telah menolak tawaran Chery untuk memberikannya sebuah kereta ihsan dan tidak akan memberi sebarang kenyataan lanjut sehingga keputusan dikeluarkan.

Sumber: Facebook Chery Malaysia & Stephanie

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd