Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tukar Nama Kepada Ayluna Putri, Lucinta Luna Sertai Miss Universe Indonesia 2024

Selebriti kontroversi Indonesia, Lucinta Luna mengumumkan dia telah sertai pertandingan ratu cantik iaitu Miss Universe Indonesia bagi tahun ini.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram, Lucinta telah memuat naik foto memaparkan pengesahan dia telah mendaftar ratu cantik Miss Universe Indonesia.

Lucinta Luna sertai Miss Universe Indonesia

Dalam pada itu, Lucinta juga telah menukarkan namanya kepada Ayluna Putri bagi menyertai pertandingan itu dan meminta sokongan daripada orang ramai.

Lucinta juga meluahkan rasa syukur dan terharu kerana berjaya menyertai Miss Universe disamping menyuarakan rasa gembira kerana bakal bertemu dengan orang-orang penting Miss Universe.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Bawa Skuter Dalam Keadaan Mabuk, Suga BTS Ditahan Polis

Lucinta Luna Sertai Miss Universe Indonesia

“Alhamdulillah, saya berjaya mendaftar. Sokong Ayluna Putri untuk Miss Universe yang semua! Saya sampai menangis, terharu kerana saya terpilih untuk menyertai Miss Universe.
“Saya juga dapat bertemu dengan Teuku Zacky dan Anne Jakrajutatip. Semoga ucapan saya yang baik jadi doa untuk kemenangan saya” katanya.

Lucinta Luna Sertai Miss Universe Indonesia

Sementara itu, Lucinta bakal menentang 10 wanita lain dalam Miss Universe iaitu Agnez, Fiza, Nadia, Putri, Mutiara, Aura, Melanie, Karen, Meylen dan Vina.

Sebelum menyertai Miss Universe, Lucinta Luna telah menghubungi pengarah Miss Universe iaitu pelakon Indonesia Teuku Zacky untuk bertanyakan sama ada dia boleh menyertai pertandingan itu.

Lucinta Luna Sertai Miss Universe Indonesia

Menerusi tinjaun kepada beberapa hantaran Lucinta, ramai warga maya yang merupakan peminat Lucinta menyokong penyertaannya dalam Miss Universe.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aura Lucinta hebat!

Perempuan transgender pertama sertai Miss Universe!

Lucinta akan menang Miss Universe!

Bagaimanapun, walaupun mendapat banyak sokongan, namun ramai juga yang mengecam tindakannya menyertai Miss Universe kerana pertandingan itu sepatutnya hanya untuk wanita.

Miss Universe ini untuk lelaki ke perempuan?

Syarat ikut Miss Universe ialah perempuan tulen!

Dia ni memang dah diiktiraf perempuan ke?

Yang bukan-bukan ye Lucinta. Macamana boleh masuk top 11 ni?

Sumber: Instagram Lucinta Luna

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd