Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tukang Sapu Sebar, Jual Video Kegiatan ‘Swinger’ Didenda

Seorang tukang sapu sebar serta jual kandungan video papar kegiatan ‘swinger’ telah didenda RM80,000 atas empat pertuduhan terlibat kegiatan seks secara berkumpulan dan bertukar-tukar pasangan, dari bulan Januari hingga Februari lepas di Mahkamah Sesyen, Alor Setar.

Memetik laporan Bernama, Hakim Mazdi Abdul Hamid menjatuhi hukuman itu selepas Kamarulnazri Desa @ Yahaya, 45, mengaku bersalah atas keempat-empat pertuduhan tersebut.

Tukang Sapu Sebar

Foto: Berita Harian

Difahamkan, tertuduh didakwa menggunakan aplikasi X menggunakan nama akaun “@Ayie_Noryn2016” untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi, iaitu video yang bersifat sumbang dengan niat menyakitkan hati orang lain pada 26 Januari dan 4 Februari lepas, mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tukang Sapu Sebar Serta Jual

Kamarulnazri juga didakwa menggunakan akaun sama untuk memberikan komunikasi lucah, iaitu video melalui pautan aplikasi Telegram bagi maksud komersial kepada orang lain pada 8 dan 17 Februari lepas mengikut Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kesemua kandungan telah dilihat di lbu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Jitra pada 20 Februari lepas pada 11.10 hingga 11.30 pagi.

Artikel lain: Lelaki Cuba Rakam Bawah Kain Wanita Diburu Polis

Susulan daripada itu, tertuduh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Pendakwaan tersebut telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Faten Hadni Khairuddin manakala Kamarulnazri tidak diwakili peguam.

Walau bagaimanapun, tertuduh tidak dapat membayar denda dan akan menjalani hukuman penjara berjumlah dua tahun (enam bulan bagi setiap pertuduhan).

Sumber: Bernama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Bisnes

Perodua mengumumkan pengurangan sehingga 10 peratus ke atas kos alat ganti komponen penyelenggaraan termasuk caj buruh sebagai langkah membantu rakyat Malaysia berdepan tekanan kos...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd