Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tujuh Beradik Hadiahkan Bapa Kereta – “Terima Kasih Jadi Ayah Dan Ibu Kami”

Baru-baru ini tular kisah tujuh beradik mengundang sebak dalam kalangan warganet apabila membuat kejutan istimewa dengan menghadiahkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza untuk bapa tercinta.

Hadiahkan bapa kereta

Hadiahkan bapa kereta

Menerusi perkongsian di TikTok wanita yang dikenali sebagai Nurul Eyla menjelaskan bapanya sering menyembunyikan air mata kerana tidak mahu anak-anak menjadi bimbang dan membebankan mereka.

@nuruleyla_

Simpan sini sebagai kenangan. Hadiah kecil dari kami untuk abah. Tak terbalas pun dengan segala pengorbanan abah dari dulu nak besarkan kami adik beradik. Kalau ma ada boleh abah bawak ma g jenjalan, tapi ma dah takde, abah g ngopi jela ye ngan kereta baru hehe🤍 #abah

♬ original sound – Nurul Eyla – Nurul Eyla

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hadiah untuk abah daripada kami tujuh beradik.
“Abah memang takkan pernah tunjuk air mata di depan anak-anak dari dulu sampai sekarang. Susah dia, sedih dia, dia takkan pernah sekalipun susahkan anak-anak.
“Terima kasih jadi ayah dan ibu untuk kami, Al-Fatihah untuk arwah ibu,” tulis Nurul, semalam.

Dalam pada itu, Nurul menjelaskan hadiah tersebut mungkin tidak mampu membalas segala pengorbanan bapanya dan meluahkan rasa terkilan kerana arwah ibunya pergi dahulu sebelum sempat menaiki kenderaan itu bersama.

“Hadiah kecil daripada kami untuk abah, tak terbalas pun dengan segala pengorbanan abah dari dulu nak besarkan kami adik beradik.
“Kalau ma (ibu) ada boleh bawa gi jalan-jalan, tapi ma dah takde. Abah ngopi je lah ya dengan kereta baharu,” luahnya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet terharu melihat perkongsian itu dan ada juga yang meluahkan rasa sebak tidak sempat untuk berbakti kepada bapa mereka kerana sudah dijemput ilahi.

Malah ada juga yang memuji keakraban keluarga itu dan berharap dapat melakukan perkara yang sama demi membahagiakan ibu bapa selagi mereka masih ada.

Anak yang bertuah

Kenang budi ibu bapa

Untung masih ada bapa

Artikel lain: Tak Mampu Jaga, Bapa Tunggal Serah Tiga Anak Ke Rumah Kebajikan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 96,000 tontonan dan menerima lebih 2,000 tanda suka.

Sumber: TikTok nuruleyla_

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd