Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Zara Qairina: Tuduhan Ahli Parlimen Tak Berasas! Mustapha Sakmud Nafi Fitnah Isteri Terlibat

Tuduhan Ahli Parlimen Tak Berasas

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang cuba mengaitkan isterinya dengan insiden tragik melibatkan kematian pelajar, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, di sebuah sekolah di Papar, Sabah.

Beliau menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam perbahasan Dewan Rakyat sebagai tidak berasas dan satu bentuk manipulasi politik.

“Ia bukan saja mengelirukan rakyat, malah mencemarkan reputasi individu yang tidak lagi terbabit dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tuduhan Ahli Parlimen Tak Berasas

Menurut Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, isterinya, Cikgu Rosnih Nasir, merupakan bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Papar dan telah bersara pada 22 November 2024.

“Beliau hanya berkhidmat di sekolah berkenaan dari 20 Mac hingga 22 November 2024 sebelum bersara sepenuhnya daripada perkhidmatan pendidikan,” ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa isterinya tidak lagi terlibat dalam apa-apa urusan pentadbiran atau pengurusan sekolah selepas persaraan, termasuk secara tidak langsung.

“Insiden tragik yang menimpa Allahyarhamah Zara Qairina berlaku pada 16 hingga 17 Julai 2025, iaitu hampir lapan bulan selepas persaraan isteri saya.
“Maka, sebarang cubaan untuk mengaitkan beliau dengan insiden berkenaan adalah fitnah semata-mata dan satu bentuk manipulasi politik yang tidak berasas,”tegas beliau.

Mustapha turut menyeru semua pihak untuk berhenti mengeksploitasi tragedi tersebut bagi kepentingan politik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hentikanlah eksploitasi terhadap tragedi ini sebagai modal politik.
“Hormatilah proses siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan hentikan penyebaran fitnah yang boleh menjejaskan reputasi serta emosi individu yang tidak bersalah,”pintanya.

Dalam masa sama, beliau dan keluarga turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap keadilan dapat ditegakkan dengan sebaik-baiknya buat Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Artikel lain:  Kes Zara Qairina: Bekas Pengetua Sekolah Nafi Terlibat – “Saya Telah Bersara”

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun memaklumkan siasatan masih dijalankan berhubung kematian pelajar perempuan berusia 13 tahun yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah pada 16 Julai lalu.

Mangsa dikenali sebagai Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan Satu, disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Sumber: FB Mustapha Sakmud

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Sosial

Permintaan seorang anak yatim piatu, Abdur Rahman, 21, untuk menyunting foto pernikahannya dengan memasukkan semua ahli keluarga yang telah meninggal dunia meruntun hati ramai...

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd