Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tubuh Kecil Bukan Penghalang, Azlyn Farhana Muncul Penjaring Terbanyak Kanu Polo Di China

Azlyn Farhana

Atlet Kanu Polo Malaysia, Azlyn Farhana meraih gelaran penjaring terbanyak bagi kategori wanita bawah 21 tahun pada Kejohanan Dunia Kanu Polo 2024 di Deqing, China.

Menurut laporan BERNAMA, atlet wanita itu berkata penguasaan permainan dan teknik mengelirukan pasukan lawan merupakan cara baginya untuk menunjukkan prestasi cemerlang baru-baru ini walaupun kelebihan fizikal sering menjadi faktor penentu dalam sukan.

“Player lain macam tengok dalam gambar saya paling kecil tetapi ‘mindset’ saya, apa yang membezakan saya dengan player lain adalah ketangkasan dan cara saya shooting untuk mendapatkan gol.
Kalau bermain di peringkat Asia, memang saya jadi sasaran. Tetapi berdepan pasukan dari Eropah, mereka mungkin terlepas pandang kepada saya dan agak memandang rendah kepada Team Malaysia,” katanya kepada pemberita setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.

Foto: BERNAMA

Terdahulu, Azlyn Farhana muncul sebagai penjaring terbanyak dengan 22 jaringan gol dalam 10 perlawanan sekaligus membantu skuad Malaysia mengakhiri saingan di kedudukan  ke-10 pada kejohnan yang berlangsung pada 15 hingga 20 Oktober lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, atlet itu juga berharap prestasi pasukannya yang berjaya membuat debut di kejohanan peringkat dunia dapat membuka mata masyarakat terhadap potensi Malaysia untuk terus menyinar dalam kanu polo di peringkat antarabangsa.

Artikel lain: Terbuka Denmark: Pearly-Thinaah, Aaron-Wooi Yik Mara Suku Akhir

Azlyn turut meluahkan harapannya supaya Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara akan terus menyokong pasukan kanu Malaysia dengan memberikan lebih banyak pendedahan kepada mereka untuk bersaing bersama pasukan bertaraf dunia.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Sosial

Baru-baru ini tular seoarang lelaki mencuri perhatian ramai apabila mengulas berkenaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Semenanjung Gaza. Hanya sekadar lakonan Menerusi...

Sosial

Salah seorang aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA memilih untuk pulang ke rumahnya secara senyap tanpa...

Lokal

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang menyamar sebagai penghantar barang maut selepas bergelut dengan polis ketika cuba ditahan di sebuah kondominium di Wangsa Maju,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd