Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tuan Ibrahim Beri Bayangan PN Bakal Rombak Struktur Kepimpinan

Perikatan Nasional (PN) memberi bayangan awal untuk melakukan rombakan bagi struktur parti tersebut setelah bersetuju menubuhkan jawatankuasa bagi melihat semula penambahbaikan organisasi.

Menurut laporan Malaysiakini, Timbalan Presiden Persatuan Islam Se-Malaysia (PAS), Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan proses rombakan akan dijalankan secara menyeluruh bagi menambah baik struktur parti politik tersebut.

Rombak struktur kepimpinan

PN Bakal Rombak Struktur Kepimpinan

Foto: Harakahdaily

“Kita (PAS) ada cadangan beberapa penambahbaikan kepada PN secara keseluruhannya.
“Majlis tertinggi (PN) bersetuju tubuhkan jawatankuasa untuk menilai kembali,” kata Ibrahim di Kuala Lumpur semalam.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut menjelaskan terdapat beberapa fokus utama yang akan diberi perhatian ekoran rombakan tersebut antaranya pindaan perlembagaan dan penubuhan majlis presiden.

PN Bakal Rombak Struktur Kepimpinan

Foto: Berita Harian

Beliau juga turut mengulas berkenaan Ahmad Samsuri Mokhtar yang meletakkan jawatan sebagai Bendahari Agung PN sebelum ini dan mendedahkan PAS masih belum menemui calon baru bagi mengganti kekosongan jawatan itu.

Artikel lain: Tuan Ibrahim Pertikai Isu Gaji PMX, Sindir ‘Mungkin Dia Malaikat Kut, Tak Makan Gaji’

Terdahulu, PAS memberitahu sudah bersedia mengemukakan nama calon bagi mengisi jawatan tersebut setelah penyandangnya membuat keputusan untuk berundur dari jawatan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Naib Presiden PAS tersebut melepaskan jawatan beliau dengan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada pengurusan PN pada 11 Disember 2024.

Sumber: Malaysiakini (N Faizal Ghazali)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika turun...

Lokal

Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB), pengendali sah rangkaian jalan raya Genting Highlands, akan melaksanakan caj jalan raya secara berfasa bermula 28 Mei dan 28...

Lokal

Seorang banduan yang dijangka dibebaskan bulan depan terpaksa menyambung hukuman penjara selepas dijatuhi hukuman tambahan oleh Mahkamah Sesyen di Parit Raja, hari ini, kerana...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd