Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Trend Air Semakin Meningkat, Selangor & Negeri Sembilan Dilanda Banjir Kilat

Banjir kilat dilaporkan berlaku di Negeri Sembilan dan beberapa kawasan di Selangor seperti di Kampung Melayu Subang serta Kampung Kubu Gajah hari ini berikutan hujan lebat.

Menurut laporan dari Malaysiakini, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar memaklumkan yang banjir berlaku berpunca daripada limpahan air sungai.

Difahamkan, banjir kilat turut dilaporkan berlaku di beberapa jalan di seluruh Lembah Klang.

“Anggota bomba telah dikerahkan ke kawasan terjejas namun tiada pemindahan dilakukan setakat ini,” ujarnya.

Foto: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, banjir kilat juga berlaku di Seremban, Negeri Sembilan apabila pihak KTM Berhad melaporkan stesen Seremban terjejas susulan air naik ke atas landasan kereta api.

Perkara tersebut sekali gus menyebabkan operasi kereta api ditangguhkan dengan beberapa tren dijangka lambat selama 51 minit.

Foto: BH Online

Dalam perkembangan berkaitan, Sekretariat Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan turut memaklumkan antara kawasan terjejas di Seremban ialah Kampung Ismail, Kampung Semarak, Blok B dan C Ampangan, Kampung Jiboi, Taman Happy, Kampung Batu 3 dan Kampung Kuala Sawah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Di Rembau, banjir kilat berlaku di Kampung Titian Bintangor.
“Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas,” kata APM pada satu kenyataan.

Foto: Media Sosial

Menurut sekretariat berkenaan trend air di beberapa kawasan juga ketika ini meningkat dan APM sedang melakukan pemantauan di kawasan berisiko.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Sosial

Seorang suami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selepas isterinya yang hamil tujuh bulan dan anak sulung mereka cedera dalam kemalangan membabitkan...

Sosial

Himpunan RXZ Members 8.0 mencipta sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih 200,000 peserta, sekali gus menjadi edisi paling besar sejak program itu diperkenalkan pada 2017....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd