Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Trailer GTA 6 Dapat Hampir 100 Juta Tontonan Di YouTube Dalam Masa Satu Hari

Peminat permainan video pastinya teruja dengan kemunculan trailer pertama permainan video terkenal iaitu Grand Theft Auto (GTA) 6 di saluran Youtube Rockstar Games kelmarin.

Peminat nampak begitu teruja

Menerusi muat naik tersebut, trailer berkenaan telah ditonton hampir 100 juta viewers di saluran YouTube tersebut dalam masa beberapa hari sahaja.

GTA 6 sedang trending di YouTube

Selain dari mendapat tontonan yang tinggi di YouTube, Trailer berkenaan juga sedang trending di aplikasi berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, keterujaan peminat permainan video tersebut pastinya dirasai memadangkan sudah lebih sedekad menantikan kemunculan versi terbaru permainan tersebut.

Ada watak wanita jadi dalam GTA 6 diawal trailer

Dapat dilihat yang latar belakang permainan video terbabit dimulai dengan pemandangan Vice City dan penampilan wanita watak protogonis dalam siri berkenaan dikenali sebagai, Lucia yang berada di dalam penjara.

gta 6

Walau bagaimanapun, para peminat permainan video berkenaan perlu menunggu trailer seterusnya bagi mengetahui penceritaan penuh atau menanti ia dilancarkan nanti.

Menurut laporan The Verge, pihak Rockstar Games tidak menyatakan bila tarikh trailer berikutnya akan dikongsikan kepada umum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, GTA 6 dijangka akan dilancarkan secara rasmi  pada 2025 nanti untuk platform PS5 dan Xbox Series S|X. Tetapi buat masa ini tiada sebarang pengumuman sama ada pelancaran tersebut turut melibatkan GTA 6 versi PC.

Sumber: YouTube Rockstar Games, The Verge

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd