Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tragedi Lembah Maksina: 3 Tertimbus, 3 Lagi Hilang Dihanyut Kepala Air

Tiga jasad ditemui tertimbus manakala tiga mangsa lain hilang dihanyut kepala air semasa melakukan aktiviti ‘hiking’ di Lembah Maksina, Makuau, Tungku, Lahad Datu pada Ahad.

Memetik laporan Harian Metro, insiden yang melibatkan kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 25 hingga 58 tahun itu berlaku sekitar jam 8 malam tadi.

Foto: Berita Harian

Selain kehilangan tiga mangsa, dua daripada 17 yang terlibat dengan aktiviti ‘hiking’ di kawasan terbabit telah mengalami kecederaan manakala sembilan lagi dilaporkan terperangkap.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid menyatakan bahawa dua mangsa yang berjaya melepaskan diri daripada kejadian itu telah menghubungi panggilan kecemasan pada jam 8.28 malam untuk mendapatkan bantuan.

Foto: Bomba Direktori

“Pasukan operasi berjaya tiba di lokasi kejadian pada jam 9.36 malam dan operasi mengeluarkan sembilan mangsa terperangkap terus dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi untuk mengeluarkan mayat tiga individu yang masih belum dikenal pasti identitinya yang dikatakan tertimbus di bawah kayu balak pada jam 1.37 pagi.

“Bagaimanapun identiti ketiga-tiga mangsa yang ditemui masih belum dapat dikenal pasti dan usaha mencari tiga lagi mangsa sedang giat dijalankan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sumsoa menjelaskan bahawa sembilan mangsa yang terlibat, termasuk enam lelaki dan tiga wanita telah berjaya diselamatkan sekitar jam 12 tengah malam.

Foto: Harian Metro

Ujarnya, dua mangsa yang cedera telah menerima rawatan daripada Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk langkah seterusnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Operasi ditangguhkan jam 1.40 pagi berikutan cuaca kurang baik dan keadaan gelap sebelum operasi mencari menyelamat disambung semula pada 6 pagi.
“Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Perhutanan,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro (Juwan Riduan)

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Sosial

YouTuber dan pengkritik bola sepak tempatan, Azizurrahman Zakaria menegaskan dia tidak mempunyai sebarang permusuhan dengan mana-mana pihak selepas menjadi mangsa serangan dua lelaki yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd