Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tragedi Kontena Hempap Bezza, Pemandu Treler Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu treler menyebabkan kematian seorang wanita pada Rabu lalu didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Seberang Perai hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya.

Memetik laporan Kosmo! Online, tertuduh Marhizan Johari mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibaca di hadapan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan.

Menurut pertuduhan, lelaki berusia 51 tahun itu didakwa memandu dengan bahaya sehingga seorang pemandu iaitu Lee Zi Rou, maut di Jalan Kebun Sireh, Bukit Mertajam kira-kira pukul 9.30 pagi, 13 November lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) iaitu hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM50,000 jika disabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setelah disabitkan kesalahan, individu berkenaan akan hilang kelayakan daripada memiliki atau memohon lesen memandu untuk tempoh minimum lima tahun.

Foto: Utusan

Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfadzly Hassan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Zulfadzly tidak menawarkan sebarang bentuk jaminan semasa prosiding susulan kes tersebut telah mendapat liputan meluas dan viral di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tertuduh tidak menunjukkan rasa bersalah terhadap perbuatannya. Kes ini sudah viral, dia (tertuduh) telah menunjukkan isyarat ‘peace’,” katanya.

Sebarang jaminan terhadap tertuduh adalah tidak dibenarkan dan maajistret menetapkan 24 Januari tahun depan sebagai sebutan semula kes.

Terdahulu, seorang wanita dilaporkan maut dalam keadaan tragis setelah kereta Bezza dipandunya dihempap kontena yang terjatuh dari sebuah treler dalam kemalangan yang melibatkan lima buah kenderaan di Bukit Tengah.

Sumber: Kosmo! Online (Noor Hasliza Nusi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd