Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tony Fernandes Dinobat Sebagai CEO Terbaik Asia Pasifik 2023

Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Tony Fernandes selepas terpilih sebagai ‘Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terbaik Asia Pasifik’ pada majlis Anugerah Aviation 100 Asia Pasifik 2023 oleh Airline Economics di Singapura.

Menurut laporan Buletin TV3, pemilihan tersebut dilakukan ekoran hasil tinjauan industri tahunan oleh Airline Economics dan seterusnya mengiktiraf serta meraikan pemimpin industri yang paling cemerlang.

Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk Kamarudin Meranun yang menzahirkan ucapan tahniah buat Tony memaklumkan kejayaan yang dikecapi adalah bukti kepada usaha keras, ketabahan dan dedikasi seluruh kru dan kakitangan Capital A.

Tony Fernandes CEO Terbaik Asia Pasifik

Artikel lain: Tony Fernandes Mohon Maaf Tak Pakai Baju, Berurut Ketika Mesyuarat

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pengiktirafan ini tiba pada waktu yang sangat wajar ketika industri mula bergerak cergas semula, membangun dan berkembang selepas pandemik COVID-19, dan menyerlahkan nilai yang kami sampaikan kepada pelanggan kami sebagai kumpulan perkhidmatan penerbangan dan perjalanan kos rendah yang dipacu nilai.
“Melangkah kehadapan, kami akan meneruskan misi kami dalam menyediakan pengalaman yang tiada tandingan kepada pelanggan kami sambil terus memberi sumbangan positif kepada ekonomi dan industri, di peringkat serantau dan melangkau darinya,” katanya.

Sekadar info, tinjauan pendapat ‘Aviation 100’ ialah proses yang komprehensif dan menyeluruh sepanjang tahun, yang terdiri daripada undian khusus serantau, dan terkenal dengan kredibilitinya dalam mengenal pasti tokoh paling luar biasa dalam kewangan, pajakan dan undang-undang, bersama-sama dengan eksekutif tertinggi daripada syarikat penerbangan terkemuka.

Kira-kira 700 profesional penerbangan telah menghadiri majlis anugerah tersebut yang diadakan di luar persidangan Airline Economics Growth Frontiers Asia Pasifik.

Difahamkan, undian dibuat oleh pakar industri termasuklah syarikat penerbangan, pemberi pajak, bank, firma guaman dan pihak berkepentingan utama yang lain, tinjauan industri tahunan oleh Airline Economics itu mengiktiraf dan meraikan pemimpin industri yang paling cemerlang.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Politik

PAS menegaskan akan terus memilih amalan demokrasi sebagai wadah perjuangan politik walaupun menghadapi penyalahgunaan prinsip tersebut oleh golongan sekular. Sering disalah guna golongan sekular,...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd