Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tolak Genjatan Senjata, Israel Mahu Perang Hingga Menang Pertempuran

Israel mahu perang menjadi faktor kepada penolakkan genjatan senjata yang dilakukan terhadap Palestin walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran berkaitan bekalan bantuan tidak mencukupi sehingga menjejaskan keperluan kemanusiaan.

Menurut laporan Buletin TV3, keputusan tersebut disahkan oleh Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu dalam sebuah taklimat kepada media asing.

Israel mahu perang

Artikel lain: Warga Israel Terperangkap Di ‘Airport’ Selepas Diserang Penunjuk Perasaan

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu telah mengundang kebimbangan lebih 2.4 juta penduduk di Gaza yang setakat ini sudah mengorbankan lebih 8,300 nyawa yang tidak bersalah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Gesaan untuk gencatan senjata ialah seruan untuk Israel menyerah kepada Hamas. Ini tidak akan berlaku, kita akan berperang,” katanya yang turut berikrar Israel akan ‘berjuang sehingga menang pertempuran’.

Malah, negara sekutunya iaitu Amerika Syarikat turut ‘keras kepala’ dan menolak genjatan senjata ke atas Palestin.

“Kami tidak percaya gencatan senjata adalah jawapan yang betul sekarang,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara, John Kirby, yang juga berkata bahawa ‘berhenti seketika’ untuk mendapatkan bantuan ke Gaza harus dipertimbangkan.

Krisis kemanusiaan terhadap Palestin semakin membimbangkan apabila Israel terus membedil negara tersebut tanpa belas kasihan dengan menghantar kereta kebal ke pinggir bandar Gaza.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd