Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

TMJ Tuntut Siasatan Menyeluruh Kes Pengawal Pengiring Cederakan Pemandu OKU

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap kejadian seorang pengiring keselamatan yang didakwa memukul pemandu e-hailing yang juga orang kurang upaya (OKU) pada Selasa lalu.

Menerusi akaun Facebook rasmi, baginda bertitah dirinya tidak sesekali membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang berlaku.

Foto : FB HRH Crown Prince of Johor

“Merujuk kepada kejadian yang berlaku di St Regis Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei lalu, saya telah dimaklumkan pada hari berikutnya dan dengan segera menggesa pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan.
“Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang. Saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring yang didakwa melakukan perbuatan berbahaya.
“Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi keadilan sebaiknya kepada mangsa,” titah baginda dalam kenyataan itu hari ini.

Foto: The Sun

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Tunku Ismail menggesa semua pihak membenarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.

“Saya juga sedar ada gerakan mengheret institusi diraja dengan menggunakan insiden ini, tetapi mengaitkan tindakan anggota keselamatan luar dengan diri saya dan seluruh institusi diraja adalah tidak wajar,” titah baginda.

Terdahulu, media melaporkan, pemandu berkenaan membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul pengawal pengiring ketika menunggu penumpang di sebuah hotel dekat KL Sentral.

Pemandu berusia 46 tahun itu mendakwa ditumbuk di kepala ketika diminta untuk mengalihkan kenderaannya. Susulan itu, mangsa kemudian membuat laporan polis selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Namun begitu, media melaporkan pada Rabu lalu, mangsa telah menarik balik laporannya pada hari yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, dalam satu kenyataan berkata, mangsa telah membuat laporan polis kedua untuk menarik balik laporan polis pertama.

Sumber: Facebook HRH Crown Prince of Johor

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Sosial

Usahawan terkenal Heliza Maysuri menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman uniknya menempah kain kafan untuk alam kubur daripada jenama tempatan terkenal, Rizalman Ibrahim. Usahawan...

Sosial

Bekas isteri personaliti media sosial Chazynash iaitu Fatin Morat tampil membuat kenyataan rasmi berkaitan nafkah dan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Menerusi satu hantaran di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd