Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Tunku Mahkota Ismail tetap menzahirkan rasa bangga terhadap perjuangan Johor Darul Ta’zim Johor Darul Ta’zim meskipun gagal melangkah ke pentas final Kejuaraan Kelab Asean (ACC) 2025/2026 Kejuaraan Kelab Asean 2025/2026.
Dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Chang Arena Chang Arena, Harimau Selatan berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Buriram United Buriram United, namun ia masih belum mencukupi untuk mengikat agregat selepas tewas 3-4 secara keseluruhan.
Namun, kemenangan tersebut tetap mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi kejayaan pertama JDT ke atas Buriram dalam enam pertemuan antara kedua-dua pasukan, sekali gus menamatkan rekod sukar sebelum ini yang menyaksikan skuad kendalian Xisco Munoz Xisco Munoz tewas tiga kali dan seri dua kali.
Menerusi satu komen di laman Instagram rasmi kelab, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik JDT memuji semangat juang yang dipamerkan anak buahnya sepanjang perlawanan.
“Syabas semua. Bangga dengan semangat juang yang dipamerkan.
“Kami akan bangkit lebih kuat tahun depan. Kami sentiasa lakukan,” katanya.
Kegagalan mara ke final ACC menyaksikan JDT kini memberi tumpuan penuh kepada satu lagi misi penting musim ini iaitu aksi final Piala Malaysia menentang Kuching City FC di Stadium Nasional Bukit Jalil Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei ini.
Dalam perkembangan sama, Tunku Mahkota Ismail turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Buriram United menerusi komen di laman Instagram rasmi kelab Thailand itu, selain mengiktiraf pencapaian pasukan lawan sebagai sumber inspirasi di peringkat serantau.
“Tahniah Buriram. Teruskan menjadi inspirasi. Saya belajar daripada anda pada 2017 ketika mengunjungi Buriram dan akan terus berbuat demikian.
“Kita adalah contoh jelas mengenai semangat dan usaha melangkaui batasan bagi kelab Asia Tenggara untuk mencabar gergasi Asia di ACLE. Selamat maju jaya dan saya menantikan aksi menentang anda lagi pada masa hadapan,” titah baginda.
Sumber: IG JOHOR DARUL TA’ZIM FC










































