Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

TMJ Sumbang RM300,000 Buat Setiap Kelab Liga M Untuk Selenggara Padang

Pemilik pasukan bolasepak Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) sumbang RM300,000 kepada setiap kelab yang berada di dalam Liga Malaysia (Liga M) bagi membolehkan mereka menyelenggara padang masing-masing.

Memetik laporan dari Harian Metro, TMJ mahu melihat kesemua stadium bola sepak yang digunakan kelab Liga Malaysia (Liga M) musim ini bertaraf antarabangsa.

Pentingnya insfrastruktur bola sepak berkualiti

Ujar baginda, peningkatan kemudahan di setiap vanue Liga M perlu seiring dengan perubahan liga domestik yang ketika ini semakin berkembang.

Jadi, baginda mahu prestij Liga M terus terjaga agar sentiasa berada di tahap yang cukup baik mengikut piawaian antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya telah menegaskan tentang kepentingan infrastruktur bola sepak yang berkualiti.
“Saya berharap dapat melihat infrastruktur di seluruh negara menjadi lebih baik dan menepati piawaian antarabangsa,” kata Tunku Ismail yang turut menberikan sumbangan RM300,000 buat semua pasukan Liga M untuk penyelenggaraan padang.

TMJ sumbang RM300,000 kepada pasukan yang setuju terima geran

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh memaklumkan yang pihaknya bersedia menawarkan geran berjumlah RM7 juta bagi menaik taraf sistem saliran dan penanaman rumput di semua pasukan yang berada dalam Liga M sebagai bentuk persediaan menghadapi musim baru pada Mei nanti.

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/posts/pfbid02wQupK2qJtX1pQQbJN8ChGjoV8c8F7PUXhk7WPXQYbrUzj8nUcpDDYraf52UFScUXl

TMJ sumbang RM300,000 untuk baiki padang

Difahamkan, sebelum ini wujud kebimbangan berkenaan kalender baharu Liga M yang akan berlangsung pada Mei 2024 sehingga pertengahan tahun 2025.

Ia menjadi persoalan tentang tahap kesediaan padang dalam menghadapi musim terkejut pada hujung tahun seperti pada Oktober, November dan Disember.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar gambar hiasan

Artikel lain: JDT & Terengganu Tak Puas Hati Dengan Padang SNBJ, Gesa Pelihara Hadiah TMJ

Hujan yang turun tanpa henti pasti akan memberi kesan kepada permukaan padang di mana rata-rata stadium di seluruh negara tidak memiliki sistem perparitan yang betul.

Ia pastinya boleh mengundang risiko kecederaan kepada para pemain apabila perlu berlatih dan beraksi dalam kondisi padang yang becak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Firdaus Hashim), Facebook JOHOR Southern Tigers

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Bintang lincah skuad bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid menzahirkan rasa terharu selepas dilepaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk beraksi bersama Terengganu FC (TFC). Foto:...

Politik

Susulan mendapat pelbagai tanggapan dan reaksi positif juga negatif terhadap cadangan yang menamakan Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk menjadi calon perdana menteri, ulama...

Politik

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat bahawa tiada pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang layak jadi perdana menteri (PM)....

Sukan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan, Robert Douglas Friend atau Rob Friend meluahkan hasratnya untuk membawa Malaysia ke Piala Dunia. Hasrat bawa Malaysia ke...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd