Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

TMJ Perkenan Johor Jadi Tuan Rumah Acara Bola Sepak Sukan SEA 2027

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail telah berkenan menjadikan Johor sebagai tuan rumah acara sukan bola sepak dalam Sukan SEA 2027, lapor Buletin TV3.

Foto: Buletin TV3

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Johor, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah, mengumumkan keputusan tersebut selepas sesi mengadap pada Khamis lalu.

Foto: Facebook HRH Crown Prince of Johor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, lokasi stadium yang akan digunakan masih berada di peringkat perbincangan.

Mohd Hairi menyatakan akan menghantar permohonan rasmi kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk pelaksanaan acara.

Perincian kos dan lokasi akan ditetapkan selepas mesyuarat di peringkat Sukan Negeri Johor (MSN) dan Sekretariat Sukan SEA 2027.

“Pemangku Sultan Johor perkenan Johor menjadi tuan rumah acara bola sepak pada Sukan SEA 2027.
“InsyaAllah atas perkenan Pemangku Sultan Johor, saya menjunjung titah dan menjunjung kasih atas kepercayaan ini. Saya dan pasukan akan menghantar permohonan rasmi kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar acara bola sepak dipertandingkan di Johor pada Sukan SEA 2027.
“Bagaimanapun berkaitan lokasi dan perincian kos, ianya akan ditetapkan selepas Mesyuarat di peringkat Sukan Negeri Johor (MSN) dan pihak Sekteriat Sukan SEA 2027,” katanya pada sidang akhbar di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, semalam.

Mohd Hairi memaklumkan empat stadium utama yang dicadangkan untuk acara Sukan SEA 2027 antaranya adalah Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, Stadium Bola Sepak Mount Austin, dan Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tenaga Nasional Berhad tampil menjelaskan isu tular melibatkan sebuah keluarga di Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling, Jerantut yang didakwa hidup hampir 13 tahun tanpa...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan menangguhkan rancangan serangan terhadap Iran minggu ini selepas menerima amaran daripada sekutu negara Teluk dan pegawai pentadbirannya sendiri...

Dunia

Tentera Israel didakwa bertindak kejam terhadap peserta Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang kini ditahan di Penjara Ktziot termasuk penggunaan senjata perenjat elektrik (taser)...

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd