Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

TMJ Beri Bayangan Masa Depan FAM – “Saya Tak Sertai FAM, FAM Sertai Saya”

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) beri bayangan masa depan Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) dan baginda akan jalin kerjasama dengan persatuan itu dalam usaha memastikan skuad bola sepak negara menyinar di peringat antarabangsa.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Tunku Mahkota Ismail membalas komen daripada pengikutnya yang bertanyakan tentang kerjasama antara baginda dan FAM.

TMJ beri bayangan masa depan FAM

TMJ Beri Bayangan Masa Depan FAM

Tunku Mahkota Ismail bagaimanapun tidak menyatakan jawapan secara langsung, namun baginda memberikan kata-kata penuh maksud tersurat dan tersirat.

“Saya tidak akan sertai FAM, FAM akan sertai saya,” titah baginda di ruangan komen.

TMJ Beri Bayangan Masa Depan FAM

Sebelum ini, peminat bola sepak Malaysia seringkali melontarkan persoalan sama ada baginda akan campur tangan dalam pengurusan kelab bola sepak kebangsaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dengan jawapan seperti ini, kemungkinan akan ada perubahan dalam skuad Harimau Malaya dan yang pastinya, akan ada sentuhan dari Tunku Mahkota Ismail.

Artikel lain: Penyokong Persoal Punca Jurulatih Selangor FC Letak Jawatan

Campur tangan dari baginda merupakan perkara yang dinanti-nanti oleh peminat bagi membantu skuad negara kembali bangkit menjadi antara terkuat di rantau Asia ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan perkembangan bola sepak Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

TMJ Beri Bayangan Masa Depan FAM

Dalam pada itu, Anwar turut memberi dana tambahan melalui pembentangan Belanjawan 2025 dengan mengumumkan peruntukan RM15 juta bagi menyokong pembangunan sukan bola sepak untuk pasukan Harimau Malaya, skuad bawah 18 (B-18) tahun dan B-13 dengan kerjasama FAM.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan seolah-olah wujud idea baharu untuk memperkasakan skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa dengan mencadangkan agar pasukan kebangsaan bergerak berasingan atau dalam erti kata lain diswastakan.

Perkara itu dikongsikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sosial miliknya apabila berkongsi sistem, peranan dan carta organisasi badan bebas itu.

Sekadar info, Tunku Mahkota Ismail pernah menjawat jawatan Presiden FAM bagi penggal 2017/2021 sebelum membuat keputsan untuk melepaskan jawatan itu setahun kemudian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram Tunku Mahkota Ismail

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd