Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tinggalkan Dunia Seni? Instagram Laudya Cynthia Bella Kini Diurus Pihak Pengurusan

Selepas hampir 22 tahun bergelar anak seni, pelakon dan penyanyi, Laudya Cynthia Bella dikhabarkan nekad untuk meninggalkan dunia selebriti.

Perkara itu mula tercetus selepas Instagram rasmi milik pelantun lagu Surga Yang Kurindukan itu berubah menjadi platform promosi produk keluarannya.

Foto: Instagram @laudyacynthiabella

Bukan itu sahaja, Laudya juga telah memadam foto dan videonya dari Instagram yang memiliki 3.7 pengikut itu. Namun hanya meninggalkan beberapa foto yang memaparkan dirinya memakai pelitup muka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi ruangan bio, Laudya memaklumkan bahawa platform itu dikendalikan oleh pihak pengurusannya.

Foto: Instagram @laudyacynthiabella

“Diuruskan oleh admin,” tulis pelakon ‘Surga Yang Tak Dirindukan’ itu menerusi ruangan bio.

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, peminat meluahkan rasa rindu ingin melihat perkongsian Laudya, bahkah ada juga yang memuji kesungguhannya berhijrah dan menjarakkan diri daripada dunia glamour.

Foto: Liputan6

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Laudya Cynthia Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas suami usahawan Noor Nabila, iaitu Engku Emran pada 2017. Namun mereka sudah sah bercerai selama dua tahun.

Pelakon berusia 34 tahun ini juga merupakan antara selebriti Indonesia yang aktif berkongsi perkembangan karier, fesyen dan kecantikan menerusi laman Instagram.

Sumber: Instagram @laudyacynthiabella

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd