Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Tindakan Boikot Tak Patut, Tuduhan Kepada McDonald’s Fitnah Besar

Syarikat pemilik rangkaian francais McDonald’s Malaysia, Reza Food Services Co Ltd (RFS) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan berkenaan royalti yang dibayar kepada McDonald’s Corporation digunakan untuk menindas rakyat Palestin.

Tuduhan kepada McDonald’s fitnah besar

Foto: Astro Awani

Pengurus Besar RFS, Abdulrahman Alireza menyifatkan tuduhan kepada McDonald’s fitnah besar disamping menganggap tindakan memboikot McDonald’s Malaysia tidak patut dilakukan.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Mutiara Damansara baru-baru ini yang turut dihadiri Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Abdulrahman turut mengakui tindakan tersebut telah menjejaskan syarikat disamping memberi kesan kepada pekerjanya yang majoriti merupakan orang Islam.

“Tuduhan-tuduhan serta cerita McDonald’s menyokong Israel adalah tidak benar. McDonald’s Malaysia membayar royalti untuk sistem latihan sokongan dan kos operasi yang mereka keluarkan.

Foto: Berita Harian

“Kos operasi tersebut termasuklah hak perniagaan dan penyelidikan McDonald’s selain sistem teknologi aplikasi. Banyak kos dibelanjakan untuk membangunkan perniagaan dan itulah tujuan royalti itu dibayar,” katanya.

Tambahnya, pihak RFS tidak berhasrat untuk melakukan penjenamaan semula lebih 350 rangkaian McDonald’s di Malaysia susulan situasi yang sedang berlaku di Asia Barat.

“Bagaimanapun, mengapa seringkali McDonald’s menjadi mangsa dan dipersalahkan dalam situasi tersebut kerana kami ini jenama ikonik terkenal di dunia.
“Hakikatnya yang menderita bila fitnah sebegini timbul ialah 21,000 orang pekerja kami yang merupakan orang tempatan mencari rezeki menanggung keluarga mereka,” jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau berkata RFS mengambil alih McDonald’s sejak 2016, maka menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan pekerja syarikat itu mencari rezeki tanpa rasa takut dengan tekanan dan cemuhan dari orang ramai.

Artikel lain: McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Ke Dana Kemanusiaan Palestin

“Pihak pengurusan akan melakukan yang terbaik bagi kebajikan pekerja kami terus terpelihara,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga berkata McDonald’s merupakan sebuah jenama antarabangsa dan sekiranya mereka mempunyai pendirian politik atau agenda tertentu, perkara itu tidak akan memberikan faedah baik kepada pelabur.

Sementara itu, Azmir berkata McDonald’s Malaysia mengalami kemerosotan jualan sejak gerakan boikot diadakan sejak konflik bermula pada Oktober lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“McDonald’s difitnah dan perniagaan kami amat terjejas. Yang menderita ialah para pekerja kami kerana gerakan boikot itu. Dulu mereka bekerja dalam lapan jam sehari, kini jam bekerja terpaksa dikurangkan.

Foto: Harian Metro

“Paling kami terkesan ialah ada pekerja kami mahu berhenti kerja disebabkan tekanan daripada komuniti dan keluarga yang tidak  faham perkara sebenar,” jelasnya.

Tambah Azmir, selain RM1 juta disumbangkan untuk membantu rakyat Palestin, McDonald’s Malaysia juga turut terlibat banyak program tanggungjawab sosial melibatkan banyak pihak.

Sumber: Sinar Harian (Izwan Rozlin)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Sosial

Kehidupan Nur Faizah Khalid, 34, atau lebih dikenali sebagai Kakak Naga, berubah 360 darjah sejak namanya meledak di TikTok. Fenomena ini khususnya mendapat sambutan...

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Lokal

Seorang wanita warga asing berusia 24 tahun diberkas polis selepas disyaki memandu secara berbahaya, melanggar tiga penunggang motosikal dan kemudian menyerang orang awam dengan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd