Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Timbalan Mufti Kelantan Akui Ketagihan Telefon Pintar Punca Kes Perkosa, Sumbang Mahram Meningkat

Foto: Getty Images/Marizza

Timbalan Mufti Kelantan, Nik Abdul Kadir Nik Mohammad memberi pandangan berkenaan peningkatan kes jenayah melibatkan sumbang mahram dan perkosa yang meningkat di Malaysia.

Telefon pintar punca kes perkosa meningkat

Timbalan Mufti Kelantan Ketagihan Telefon Pintar

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Free Malaysia Today, Nik Kadir berkata kebanyakan kanak-kanak dari kecil sudah mempunyai telefon pintar menyebabkan mereka bebas mengakses media sosial.

Malah ia menjadi lebih teruk apabila ibu bapa tidak memantau cara penggunaan gajet dikalangan kanak-kanak dan tanpa disedari ramai daripada mereka ketagih melihat gambar atau video lucah serta jenayah.

“Kanak-kanak ini suka berkumpul dan bercakap sambil melihat pelbagai perkara di media sosial dan mereka mudah terpengaruh. Situasi ini sangat bahaya,” kata Nik Kadir di Program Subuh Seperti Jumaat dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Jamek Muhammadi baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau juga mengemukakan beberapa solusi bagi menangani masalah ini daripada terus berlaku antaranya menekankan peranan ibu baba dalam mengawal pengunaan telefon pintar anak-anak manakala pihak sekolah pula memberikan pendidikan seks dengan cara yang betul.

Timbalan Mufti Kelantan Ketagihan Telefon Pintar

Foto: Sinar Harian

“Ibu bapa pada hari ini sepatutnya mengambil berat dan memberikan pendidikan agama yang secukupnya sebagai benteng di akhirat.
“Ibu bapa yang menitikberatkan Islam dapat melahirkan anak-anak yang tahu hukum agama,” ucapnya lagi.

Sementara itu, beliau juga meluahkan rasa kecewa dengan tabiat anak-anak pada masa kini yang bermain dan melihat telefon  ketika mahu menunaikan solat di masjid.

“Di mana-mana sahaja kita lihat walaupun dalam masjid, mereka tetap dengan telefon pintar,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Kanak-kanak 11 Tahun Jadi Punca Kehamilan Sepupu -Polis Kelantan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Timbalan Mufti Kelantan Ketagihan Telefon Pintar

Foto: Berita Harian

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dalam satu kenyataan memberitahu bahawa kes rogol, senjata api, dadah antara kes jenayah yang mengalami peningkatan di negeri ini sepanjang Januari hingga Mac berbanding tahun lepas.

Untuk rekod sepanjang tempoh tiga bulan itu kes rogol meningkat sebanyak 15.6 peratus, samun berkawan bersenjata api 100 peratus (1) dan cedera 6.8 peratus (3).

Sumber: Free Malaysia Today

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd