Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta, Bung Moktar Dan Isteri Diperintah Bela Diri

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad untuk mereka membela diri atas tiga tuduhan rasuah bernilai RM2.8 juta.

Menurut laporan Berita Harian, jumlah tersebut membabitkan pelaburan RM150 juta FELCRA dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Foto: SatuBerita

Pada 7 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pasangan itu untuk membatalkan keputusan mahkamah rendah yang mengarahkan mereka membela diri atas pertuduhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum itu, pada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Bung dan Zizie.

Pada 18 Sept 2023, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Azhar Abdul Hamid yang membebaskan pasangan itu daripada pertuduhan.

Mahkamah Tinggi memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Bung, 65, dan Zizie, 46, bagi menyemak keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 Sept 2022 itu.

Foto: Carian Google

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut pertuduhan pertama, Bung yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan, iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid melalui isteri tertuduh Zizie.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual

Bagi pertuduhan kedua, Bung didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan, iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan serupa.

Foto: Sumberkini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bung juga dituduh secara rasuah memperoleh suatu suapan, iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie agi tujuan yang sama.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Zizie mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian (Ahmad Johari Mohd Ali)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan menangguhkan rancangan serangan terhadap Iran minggu ini selepas menerima amaran daripada sekutu negara Teluk dan pegawai pentadbirannya sendiri...

Dunia

Tentera Israel didakwa bertindak kejam terhadap peserta Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang kini ditahan di Penjara Ktziot termasuk penggunaan senjata perenjat elektrik (taser)...

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sosial

  Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal dikenali sebagai Azlan mencuri perhatian selepas memilih untuk menyerahkan sejumlah wang tunai yang ditemuinya kepada pihak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd