Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tiga Pelumba Basikal Trek Negara Rasmi Layak Ke Olimpik Paris

Tiga pelumba berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, secara rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 11 Ogos ini.

Memetik laporan Bernama, perkara itu telah disahkan oleh Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill.

Beliau menjelaskan perkara itu disahkan selepas Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengeluarkan kuota berbasikal trek bagi setiap Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) semalam.

Foto: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami sangat gembira dengan komposisi pasukan trek di Paris bersama Datuk Azizul dan Shah Firdaus dalam acara keirin dan pecut, dan Nurul Izzah membuat penampilan sulungnya dalam kedua-dua acara keirin dan pecut serta acara sukan terbesar di dunia.
“Pasukan trek mempunyai perancangan terperinci yang telah ditetapkan untuk tiga bulan akan datang menjelang temasya itu, dengan latihan di Velodrom Nasional di Nilai dan selepas itu ke Eropah untuk tempoh yang singkat sebelum menyertai acara trek di Paris, yang akan diadakan dari 6 Ogos hingga 11 Ogos,” katanya.

Foto: Berita Harian

Ahli Jawatankuasa Pengurusan UCI itu turut memaklumkan bahawa ketiga-tiga pelumba itu telah layak secara tidak rasmi ke Paris berdasarkan mata dan ranking yang dikeluarkan selepas pusingan terakhir Piala Negara-Negara UCI 2024 di Milton, Kanada.

Dalam pada itu, empat atlet berbasikal Malaysia akan bertanding pada temasya di Paris selepas Nur Aisyah Zubir sebelum ini mendapat tempat dalam berbasikal lebuh raya yang juga mencipta sejarah sebagai pelumba wanita pertama negara bersaing dalam acara itu di Olimpik.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd