Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tiga Pelari Afrika Didakwa Beri Laluan, Kemenangan He Jie Disiasat

Pelari tuan rumah, He Jie yang merupakan pemenang pingat emas maraton Sukan Asia 2023 didakwa diberi laluan oleh tiga pelari Afrika dan bakal disiasat oleh penganjur separa maraton di Beijing.

Menerusi laporan Buletin TV3, jurucakap Biro Sukan Beijing sedang menyiasat dakwaan yang tersebar melalui rakaman perlumbaan yang menunjukkan keempat-empat pelari berada dalam satu kelompok sepanjang 21 km perlumbaan.

Foto: sports.inquirer.net

“Kami sedang menyiasat dan akan mengumumkan keputusannya sebaik ia diperolehi,” katanya.

Dia juga memberitahu nama-nama pelari yang terbabit adalah dari Kenya, iaitu Robert Keter dan Willy Mnangat selain Dejene Hailu dari Habsyah yang dilihat bersama-sama He Jie (China) sedang menuju ke garisan penamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pelari-pelari Afrika itu dilihat menunjukkan ke arah garisan penamat dan memberi isyarat kepada Jie untuk berada di depan, sambil mereka memperlahankan larian.
“Jie, pemenang pingat emas maraton Sukan Asia 2023, melintasi garisan penamat satu saat di depan pesaing dari Afrika itu,” ujarnya.

Foto: Buletin TV3

Sementara itu, insiden penipuan seperti ini didakwa sudah pernah berlaku dalam acara separa maraton di Shenzen, apabila 258 pelari didapati menipu mengambil jalan pintas semasa larian pada tahun 2018.

Penipuan itu dikesan kamera trafik menunjukkan mereka mengambil jalan pintas untuk masuk dan menyertai kelompok yang sudah berada di hadapan.

Pada tahun berikutnya pula, dilaporkan bahawa terdapat pelari seorang wanita yang didapati mengayuh basikal sewa dalam acara Maraton Antarabangsa Xuzhou.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, perlumbaan maraton semakin popular dan mendapat nama di China, tetapi perlumbaan tersebut dicemari dengan beberapa insiden penipuan serta penganjuran yang tidak cekap.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Seorang wanita hamil tiga bulan meninggal dunia bersama seorang rakan lelaki dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tenang...

Lokal

Lawyers for Liberty (LFL) menggesa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, supaya tarik balik arahan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk “membersihkan” mana-mana rumah ibadat yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd