Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lagi Kes Rogol Berkumpulan! Empat Termasuk Tiga Pelajar Sekolah Ditahan

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah di media sosial.

Rogol berkumpulan dan sebar video

Menurut laporan Berita Harian, Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 53 tahun pada Ahad lalu kira-kira jam 11 pagi, selepas guru disiplin memaklumkan tentang penularan rakaman video anaknya dalam keadaan berbogel.

rogol berkumpulan

Berikutan laporan itu, polis menahan tiga pelajar sekolah terbabit bersama seorang bekas pelajar pada hari sama sekitar jam 9.30 malam bagi membantu siasatan.

Artikel lain: Enggan Ke Sekolah! Pelajar Tingkatan 3 Trauma Diperkosa Senior Bergilir-Gilir, Video Dirakam

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek terbabit dalam perbuatan seks, termasuk secara berkumpulan, yang dipercayai berlaku antara Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi dalam kawasan sekolah,” katanya.

Menurut beliau, kesemua suspek direman selama lima hari bermula tarikh tangkapan dan polis turut merampas enam telefon bimbit bagi membantu siasatan.

rogol berkumpulan

Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan serta atas kesalahan menghantar pornografi kanak-kanak.

Ahmad Salimi turut menegaskan bahawa polis memandang serius kejadian seumpama itu dan menyeru ibu bapa serta penjaga agar lebih peka dalam memantau aktiviti dan pergaulan anak-anak, khususnya dalam kalangan remaja.

Sumber: Berita Harian (Zuliaty Zulkiffli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd