Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Muka Baharu Angkat Sumpah Sebagai Exco Perlis

Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, tiga muka baharu yang dilantik menjawat jawatan itu ialah ADUN Sena, Marzita Mansor; ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dan ADUN Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah pada Majlis Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis, Istana Arau, Arau. Turut berangkat pada istiadat itu Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR

Foto: Harian Metro

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berangkat untuk menyaksikan istiadat angkat sumpah tersebut yang berlangsung di Istana Arau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.

Sementara itu, ADUN Santan, Mohd. Azmir Azizan; ADUN Kayang, Asrul Aimran Abdul Jalil; ADUN Titi Tinggi, Izizam Ibrahim; ADUN Simpang Empat, Razali Saad dan ADUN Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad dikekalkan sebagai Exco.

Foto: Kosmo!

Kelima-lima mereka yang dilantik semula mengangkat sumpah jawatan tersebut dalam istiadat sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, dua ADUN yang digugurkan ialah ADUN Tambun Tulang, Wan Zikri Afthar Ishak dan ADUN Pauh, Megat Hashirat Hassan.

Sumber: Harian Metro (Aizat Sharif)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Lapan ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) menggesa Washington menilai semula hubungan keselamatan dan ekonomi dengan Malaysia, termasuk mempertimbangkan penggantungan pembiayaan latihan ketenteraan susulan pendirian...

Lokal

Seorang bapa kepada dua anak menerima padah selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri barangan keperluan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd