Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiga Masjid Utama JAKIM Adakan Solat Hajat, Doa Qunut Nazilah Buat Negara Bergolak

Tiga masjid utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah sebagai tanda solidariti dan doa kepada rakyat Palestin.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, menggesa rakyat Malaysia menzahirkan rasa simpati dan solidariti terhadap penderitaan rakyat Palestin di bumi Gaza yang terus dilanda situasi tragik.

Tiga masjid utama

Tiga masjid utama

“(Rakyat Palestin) saban hari dizalimi serta diserang dengan kejam tanpa sedikit pun rasa perikemanusiaan oleh rejim Zionis Israel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata JAKIM konsisten dalam menyokong pendirian Kerajaan MADANI yang tegas membela kedaulatan negara umat Islam, khususnya Palestin serta terus membantu rakyatnya dalam pelbagai bentuk dan cara.

Artikel lain: Sidang Kemuncak ASEAN: KPT Beri Kemudahan PdP Secara Dalam Talian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiga masjid utama

“Adalah diseru agar umat Islam bersatu hati memohon pertolongan Allah SWT agar melindungi saudara-saudara kita di sana serta pembebasan bumi al-Quds. Semoga dengan usaha sekecil ini akan dipandang tinggi di sisi Allah SWT,” katanya.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd