Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gaduh Di Balai Polis: Tiga Lelaki Mengaku Tidak Bersalah

Tiga lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana mencetuskan kekecohan dan pergaduhan di Balai Polis Meru pada Isnin lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang hari ini.

Tiga lelaki mengaku tidak bersalah

Menurut laporan Kosmo! Online, A. Magendran, 44, B. Kalairasan, 38, yang bekerja sebagai pemandu lori serta P. Gopinath, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nor Azilah Mat.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 29 tahun menggunakan topi keledar dan batang besi.

Tiga lelaki

Foto: Kosmo! Online

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

Selain itu, mereka turut didakwa berkelakuan tidak senonoh di dalam bangunan polis dengan membuat bising dan bergaduh, satu kesalahan di bawah Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda sehingga RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Gaduh Di Balai Polis: Rebut Kawasan Sekuriti Dipercayai Punca

Dalam pertuduhan berasingan, Kalairasan juga didakwa melakukan khianat dengan merosakkan sebuah televisyen di Balai Polis Meru sehingga menyebabkan kerugian.

Tiga lelaki

Foto: Video tular

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara itu, Gopinath yang bekerja sebagai kelindan lori turut didakwa mengugut secara jenayah terhadap seorang lelaki berusia 24 tahun mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa berlaku di Balai Polis Meru kira-kira pukul 9.47 malam pada 2 Mac lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Salman Alfarisi Nawawi bersama Ahmad Sulfie Abu Hassan, manakala kesemua tiga lelaki diwakili peguam A. Biranta.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM13,000 masing-masing kepada Kalairasan dan Gopinath, manakala Magendran dibenarkan diikat jamin sebanyak RM9,000 serta diarahkan melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

Mahkamah menetapkan 25 Mei 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Yunus Yakkub)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Sosial

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian...

Dunia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di...

Lokal

Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak kes perceraian yang dilihat sebagai petunjuk awal krisis sosial, sekali gus memerlukan tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak. Ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd