Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Seleweng Dana RM230 Juta: SPRM Jangka Ramai Lagi Individu Dipanggil Bantu Siasatan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam proses meneliti rekod transaksi kewangan daripada institusi perbankan bagi melengkapkan siasatan kes penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM230 juta yang melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tunggu dokumen bank

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan, pihaknya menjangkakan dokumen daripada bank akan diperoleh dalam tempoh seminggu.

Menurut beliau, penyata kewangan tersebut diyakini mampu membantu pihak berkuasa melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan.

“Perlu diingatkan kes ini bukan setakat 2025 atau 2026 sahaja, tapi kita hendakkan sebelum dari itu iaitu 2024 dan ke bawah. Sehingga semalam, kami hendakkan laporan (penyata bank) 2018.
“Jadi, saya jangka ambil masa sedikit tapi saya percaya pihak bank akan bagi dokumen-dokumen yang diperlukan,” katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara SPRM dan Enforcement, Leadership and Management University (ELMU), hari ini.

Terdahulu, media melaporkan SPRM telah menyita aset tidak alih bernilai lebih RM18.3 juta bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sitaan itu difahamkan melibatkan 14 hartanah, merangkumi tujuh unit rumah kediaman, tiga unit ruang pejabat serta empat lot tanah di beberapa lokasi.

Mengulas lanjut, Azam berkata siasatan setakat ini mendapati dana berkenaan dipercayai disalahgunakan untuk kepentingan peribadi termasuk pembelian aset.

“Jadi, kami sedang mendapatkan lebih banyak maklumat dan keterangan, pengesahan penyata daripada pihak bank, berapa banyak wang yang telah masuk dalam akaun peribadi mana-mana pihak.
“Mana-mana pihak yang terbabit dan menerima wang berkenaan termasuk ahli keluarga, akan dipanggil untuk dapatkan penyelesaian sama ada mereka tahu ataupun tidak, jadi saya jangka apabila kita dapat penyata dari bank itu nanti, kemungkinan ramai lagi akan dipanggil,” katanya yang turut mengesahkan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dipanggil bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan sama, beliau berpandangan bahawa satu mekanisme atau peruntukan undang-undang baharu perlu diwujudkan bagi mengawal serta memantau aliran dana dalam NGO, memandangkan isu seumpama ini pernah berlaku sebelum ini.

Artikel lain: Zakat Selangor Tiada Kaitan Penyelewengan Dana RM230 Juta! – CEO

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, ketika ini tiada undang-undang khusus yang boleh menyelia kemasukan dana ke dalam NGO yang menggunakan pelbagai platform.

“Susulan itu timbul isu tunggang agama tanpa mengira agama dan masyarakat yang memberi derma untuk mereka uruskan tapi telah disalahgunakan.
“Pada saya topik ini menjadi isu dan perlu diuruskan pada masa akan datang. Sebab itu saya telah sebutkan semalam bahawa SPRM kena buat kerjasama dengan pihak tertentu untuk kita lihat cara terbaik (menangani perkara ini). Pada saya perlu ada undang-undang khusus untuk mengawal wang-wang (sumbangan) ini kerana mereka didapati menyalahguna kuasa, menipu dan pecah amanah,” tambahnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Mohd Amin Jalil)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Dunia

Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd