Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Lelaki Ditahan Buat Provokasi, Ugut Pelanggan McDonald’s

Polis telah menahan tiga lelaki tempatan, termasuk seorang anggota tentera atas dakwaan melakukan provokasi dan ugutan terhadap pelanggan di sebuah restoran makanan segera, McDonald’s di Sungai Isap, Kuantan pada Sabtu.

Dipetik menerusi Malaysiakini seperti laporan China Press, tangkapan membabitkan seorang jurujual kereta yang mempunyai rekod jenayah melibatkan dadah manakala dua orang lagi iaitu kerani bank serta anggota tentera yang berkhidmat di Kelantan.

Foto: Utusan Malaysia

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pihaknya giat mengesan suspek selepas laporan polis dibuat seorang lelaki berumur 40 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berdasarkan laporan polis, dalam kejadian kira-kira pukul 10.25 malam itu, beberapa lelaki yang sedang berkempen memboikot restoran McDonald’s telah memanggil pengadu dan mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi terhadap pengadu.
“Pengadu cuba menghindari mereka dengan masuk kembali ke dalam premis McDonald’s namun selepas keluar untuk pulang ke rumah, kumpulan lelaki itu sekali lagi melakukan provokasi terhadap pengadu.
“Ketika pengadu hampiri kumpulan lelaki berkenaan, salah seorang daripadanya capai topi keledar lalu diberi kepada kawannya dan lelaki itu ugut akan pukul pengadu namun situasi itu dileraikan isteri pengadu,” katanya.

Foto hiasan: Kosmo Online

Menurut laporan tersebut, pihak polis turut merampas sebuah kereta Honda, sebuah trak dan alat kawalan jauh milik ketiga-tiga suspek untuk pemeriksaan lebih lanjut.

“Pihak polis telah merakam percakapan pengadu dan saksi serta melakukan semakan kamera litar tertutup di premis berkenaan.
“Berdasarkan siasatan awal modus operandi suspek adalah mengugut memukul pengadu dengan topi keledar disebabkan pengadu masuk untuk makan di premis McDonald’s,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Zahari memberitahu bahawa pengadu kemudiannya datang ke balai polis bagi membuat laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Di bawah Seksyen 506, ugutan bunuh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd